Pemuda PAS Pengecut, Gagal Pertahan Presiden Dihina DAP

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 11:26 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Isu penyatuan PAS dan Barisan Nasional (BN) masih diperkatakan sehingga kini kerana terdapat ‘lidah setan’ dalam jemaah PAS, tegas perwakilan dari Perlis.

Azhari Osman berkata, masih terdapat ahli dan pimpinan dalam parti yang masih percaya bahawa PAS dan BN akan bergabung membentuk kerajaan sehingga menimbulkan huru-hara dalam parti.

"Di peringkat Pemuda, saya berasa kecewa kerana ada sesetengah ahli Pas bahkan pimpinan sendiri yang menjadi 'lidah setan' dalam jemaah kita.

"Institusi Pas yang tertinggi iaitu Majlis Syura telah mempertegaskan bahawa tidak ada sebarang usaha menggabungkan Pas dengan Umno. Bahkan Tuan Guru Hadi Awang telah mempertegaskan dalam setiap program PAS dalaman atau luaran bahawa tidak ada usaha untuk menggabungkan PAS dengan Umno," katanya ketika membahaskan ucaptama Ketua Pemuda di sini, Rabu.

Beliau berkata, golongan seperti ini yang telah menimbulkan hura-hara dalam dalam jemaah PAS.

Sementara itu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dalam perbahasannya membidas tindakan  Pemuda PAS Pusat  yang ‘diam seribu bahasa’ dan gagal mempertahankan Abdul Hadi apabila dikritik hebat oleh DAP.

Malah, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai pengecut.

"Dia (DAP) menyerang dan menghina presiden PAS. Pemuda diam bisu beribu bahasa. Ini bukan simbol  anak soleh yang melihat bapanya dihina.

"Ini bukan sifat pemuda beriman tetapi pengecut," katanya ketika membahaskan ucaptama ketua pemuda.

Tags / Kata Kunci: DAP , PAS , Pemuda PAS

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan