1MDB: Hishammuddin Pertahan Kenyataan Setuju Dengan PM

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 7:03 PM

Hishammuddin Hussein

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Hussien menjelaskan beliau bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bukannya sedia meletak jawatan.

Pada mesyuarat Kabinet, Jumaat lalu Perdana Menteri dilaporkan meminta mana-mana menteri yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1MDB supaya meletak jawatan.

"Tidak timbul isu saya mahu letak jawatan, dan bagi mereka yang cuba melaga-lagakan atau membawa sesuatu isu berhubung kait saya dengan PM atau sesiapa, percayalah ia tidak akan berlaku.

"Yang pentingnya, kalau nak letak jawatan, TPM (Timbalan Perdana Menteri) sudah lakukannya sekarang.

"Dua tiga hari sebelum ini timbul negative spin' termasuk saya nak letak jawatan, malah turut melibatkan TPM, dan ia tidak berlaku.

"Laporan di sosial media kebanyakannya tidak benar dan kami akan terus move forward walaupun ia bukannya mudah, " jelasnya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet, di Wisma Pertahanan di sini, Rabu.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan mengakui, apa yang beliau tekankan dalam isu 1MDB adalah ia mesti diselesaikan.

"Penyelesaian mesti berlandaskan tiga perkara iaitu rasionalisasi, akauntabili sekiranya ada salah laku dan penyelewengan serta ketelusan supaya orang ramai tahu apa perancangan kita.

"Dua perkara iaitu rasionalisasi 1MDB dan akauntabili sedang dijalankan, manakala Datuk Seri (Najib) akan bersiaran langsung malam ini bagi menjelaskan lebih lanjut.

"Kita dimaklumkan laporan awal Ketua Audit Negara akan dikeluarkan hujung bulan ini," jelasnya.

Mengenai tiga perkara utama yang disiarkan di Tweetnya sebelum ini, Hishammuddin berkata, ia berdasarkan rumusannya sendiri.

"Perkara itu telah dibincangkan dan ia tidak bercanggah dengan PM,TPM dan Kabinet.

"Apa sahaja yang beliau putuskan (PM) adalah persetujuan bersama dan kami akan terus bergerak ke hadapan bersama-sama," jelasnya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan