Saya Tidak Letak Jawatan - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 10:50 AM

Hishammuddin Tun Hussein

Hishammuddin Tun Hussein.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein menyifatkan spekulasi mengenai beliau mungkin akan meletakkan jawatan dari Kabinet tidak lama lagi menunjukkan terdapat pihak memutarbelitkan kenyataannya berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Tidak - 'negative spin' (putar belit berniat jahat) yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab," katanya di akaun Twitternya pada pagi Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan seorang pengikut akaun Twitternya sekiranya beliau benar-benar mahu meletakkan jawatan.

Sejak Selasa, media sosial menyebarkan khabar angin bahawa Hishammuddin mungkin akan meletakkan jawatannya dalam tempoh 48 jam, berikutan kenyataannya di Twitter yang memberi maklum balas kepada kata dua Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada ahli Kabinet seperti yang dilaporkan.

Najib dilaporkan telah meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya meletakkan jawatan. 

Hishammuddin menerusi kenyataan maklum balasnya di Twitter berkata, beliau bersetuju dengan 'kata dua' itu tetapi menetapkan tiga syarat iaitu perlu adanya rasionalisasi terhadap 1MDB, akauntabiliti dan ketelusan.

Tags / Kata Kunci: Hishammudin Tun Hussein

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan