Bank Negara Mula Siasatan Formal Ke Atas 1MDB

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 10:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) memulakan siasatan formal ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi meneliti sama ada berlaku pelanggaran peraturan dan perundangan Bank Pusat.

"Ini melibatkan arahan perundangan bagi mendapatkan maklumat daripada entiti," kata BNM dalam satu kenyataan pada Rabu.

BNM juga akan mengambil kenyataan daripada individu yang terlibat dalam proses tadbir urus dan mendapatkan maklumat daripada pihak domestik dan luar negara yang berkaitan.

Selain itu, BNM berkata ia telah mengemukakan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa luar negara kepada agensi penyiasatan berkenaan selepas mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa asing.

"Bank Pusat ingin menekankan bahawa pendedahan lanjut butir-butir penyiasatan boleh menjejaskan hasil siasatan. 

"Bank Pusat melakukan segala-galanya dalam bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah perundangannya, termasuk bekerjasama dengan agensi-agensi lain, untuk menyumbang ke arah penyelesaian segera perkara itu," katanya.

Tags / Kata Kunci: BNM , 1MDB

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan