Agong Dipersembah Kek Hari Keputeraan

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 3:00 PM

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan melihat kek dari Dorsett Hospitality International yang bertemakan 'Fotografi Bersama Tuanku' pada Majlis Persembahan Kek sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XIV di Istana Negara pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada Rabu dipersembahankan kek daripada hotel terkemuka sempena hari keputeraan rasmi baginda Sabtu ini.

Sebanyak 30 biji kek pelbagai bentuk dan tema hasil tangan cef terkemuka dari dalam dan luar negara dipersembahkan di Dewan Santapan Istana Negara di sini.

Antara kek yang dipersembahkan ialah daripada Hotel Maya di sini yang berupa kek buah-buahan bertemakan alat muzik tradisional Melayu seberat 40 kilogram berwarna jingga.

Cefnya Raymond Ling memberitahu Bernama kek buah-buahan itu mengambil masa lebih sebulan untuk disiapkan dan dihasilkan menepati dengan konsep hotel berkenaan yang mahu mengangkat seni warisan negara.

Hotel Rennaisance pula menpersembahkan kek berperisa coklat berbentuk singgahsana seberat 50 kilogram.

Cef hotel tersebut Hanafiah Ahmad berkata kek yang bertemakan 'Fantasi Coklat' itu menggunakan hampir semua bahan dan hiasan serta warna yang digunakan berasaskan coklat dengan mengambil masa kurang daripada sebulan untuk disiapkan.

Hotel Intercontinental mempersembahkan kek buah berkonsepkan pelancongan dengan tema 'Melawat Malaysia 2015'.

Pengarah Komunikasi Pemasarannya Shirley Hoo memberitahu kek seberat 80 kilogram itu berbentuk bunga Rafflesia, penyu, dan Bangunan Stadhuys di Melaka yang menggambarkan simbolik destinasi menarik negara untuk dilawati.

Sementara Hotel Grand Millennium mempersembahkan kek coklat berbentuk keret api laju yang dihasilkan sebagai melambangkan kecanggihan dan kemajuan yang dikecapi negara di alaf baharu.

Cef Joas Kam berkata kek coklat yang berkonsep 'millenium' itu merupakan kek buah dan merupakan kek terberat yang dipersembahkan iaitu mencecah 100 kilogram.

Kek-kek yang dipersembahkan itu akan dihantar ke rumah anak-anak yatim dan untuk dinikmati golongan kurang bernasib baik di sekitar ibu negara.

Persembahan kek merupakan antara acara yang diadakan pada setiap kali sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

Tags / Kata Kunci: Kek , Agong , Hotel

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan