TMJ Minta Orang Luar Jangan Ganggu Keharmonian Johor Dengan Isu Agama

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2015 11:54 PM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi amaran kepada orang luar supaya tidak mengganggu keharmonian negeri Johor dengan menyentuh isu-isu agama.

Tunku Ismail berkata rakyat Johor juga jangan terlalu mudah terpengaruh dengan hal seumpama itu kerana ia merupakan strategi pihak tertentu untuk memecahbelahkan bangsa Johor.

"Maklumat yang diterima dan dikenal pasti berkenaan video 'Johor For Christian' yang sedang menjadi viral di laman sosial Facebook, didakwa didalangi sebuah kumpulan berasal dari Negeri Sembilan," katanya menerusi laman sosial Facebook Johor Southern Tigers, di sini, Selasa.

Justeru, baginda meminta rakyat Johor supaya tidak berpecah belah antara kaum kerana anasir-anasir luar takut sekiranya bangsa Johor bersatu.

"Kita sentiasa menghormati semua kaum dan setiap kaum juga berhak mengamalkan agama masing masing," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Johor, Hahasrin Hashim berkata pihaknya membantah tindakan penganjur mempromosikan persidangan Kristian itu menerusi petikan video berdurasi satu minit 20 saat.

Beliau mendakwa ucapan berbaur provokasi dalam video itu dikhuatiri akan menimbulkan suasana resah dalam kalangan masyarakat Islam Johor.

Dalam kenyataan di sini, katanya pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung persidangan tiga hari itu yang dijadual bermula esok di sebuah hotel di sini.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: TMJ , Johor For Christian

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan