Menteri Hadiri Taklimat Khas 1MDB

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2015 11:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Kabinet menghadiri taklimat khas pada Selasa malam, dipercayai berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum berlangsungnya mesyuarat mingguan pada Rabu.

Sesi tertutup itu diadakan di sebuah hotel dan sekurang-kurangnya 11 menteri dilihat berada di lokasi.

Antaranya adalah, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jalal dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadilah Yusuf.

Turut kelihatan ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Karim; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi, Datuk Douglas Unggah Embas.

Menurut sumber, mesyuarat yang bermula pukul 8.30 malam itu bertujuan untuk memberi taklimat terkini berkaitan 1MDB.

Bagaimanapun, maklumat terperinci berhubung perjumpaan itu tidak diperoleh.

Ketika ia berlangsung, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang menghadiri satu majlis di hotel sama, bagaimanapun beliau tidak menghadiri sesi berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baru pulang bercuti juga tidak hadir.

Sehingga pukul 10.30 malam, mesyuarat itu masih berlangsung.

Tags / Kata Kunci: Kabinet , 1MDB , Shafie Apdal

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan