Pekerja MAS Sukar Beri Tumpuan Kerana Menunggu Surat Tawaran

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2015 8:13 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bagi kakitangan Malaysia Airlines (MAS), ia adalah hari besar dan bersejarah bagi mereka dan kini dalam keadaan menunggu tawaran kerja baharu di MAS Bhd.

Seorang juruterbang kanan, yang mahu dikenali sebagai Sam berkata, beliau tertanya-tanya sama ada surat tawaran baharu itu akan menjadi berita baik atau sebaliknya.

"Saya berada di luar negara pada masa ini dan surat itu diterima oleh isteri saya di Kuala Lumpur. Pada saya ia adalah berita baik," katanya yang turut menunjukkan salinan dokumen sembilan muka surat melalui Whatsapp.

Sam bagaimanapun berkata, beberapa istilah dalam surat itu masih tidak jelas dan beliau perlu meneliti kandungan sebelum memutuskan sama ada mahu bekerja semula dengan syarikat baru, MAS Bhd.

"Kebanyakan kawan-kawan saya (juruterbang) menerima surat tawaran juga, namun terdapat pemotongan gaji berjumlah lebih daripada RM3,500.

"Sementara, cuti mereka dikurangkan daripada 32 hari kepada hanya 21," katanya.

Seorang kakitangan lain, yang hanya dikenali sebagai Chia, berkata beliau belum menerima surat dan kebanyakan daripada mereka sukar untuk memberi tumpuan di pejabat sehingga mengetahui status pekerjaan mereka.

"Ada juga yang mengambil cuti separuh hari untuk kembali ke rumah mereka dan menunggu surat," katanya.

Kira-kira 20,000 kakitangan MAS iaitu kira-kira dua pertiga kakitangan akan menerima surat tawaran bekerja semula di MAS Bhd.

Mereka diberi tempoh sehingga 12 Jun untuk membuat keputusan.
Tags / Kata Kunci: MAS Bhd , MAS

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan