Hak DAP Nak Hadir Atau Tidak - Muhammad Khalil Hadi

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2015 8:05 PM

Muhammad Khalil (tiga dari kanan) bersama Mohamad Sabu (tengah) dan Suhaizan (empat dari kiri) serta barisan kepimpinan Pemuda PAS Pusat pada perasmian muktamar sayap itu, Selasa.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: PAS sudah melaksanakan tanggungjawabnya menjemput DAP dan parti itu berhak untuk tidak hadir muktamar, kata  Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Timbalan Ketua Pemuda parti itu berkata, apa yang penting adalah jemputan daripada PAS sebagai tuan rumah dan DAP sendiri yang tentukan untuk hadir atau sebaliknya.

“Hadir atau tak nak hadir tanggungjawab kita sebagai tuan rumah untuk jemput mereka.

“Macam rayalah, kita sebagai tuan rumah jemput datang rumah, dan atas dialah nak hadir atau tidak,” katanya yang ditemui di pekarangan bangunan Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, Selasa.

Muhammad Khalil yang juga anak kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan DAP yang mengesahkan memboikot Muktamar PAS kali ini.

Sebelum ini, kepimpinan DAP mengumumkan akan memutuskan hubungan dengan Hadi tetapi tidak pemimpin PAS lain.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kemelut di antara PAS dan DAP adalah lumrah dalam sesuatu hubungan persahabatan.

“Kami tahu umum mahu melihat Pakatan Rakyat sentiasa berada dalam mood baik tetapi lumrah dalam bersahabat bukan sepanjang masa rapat dan baik.

“Apa yang berlaku hari ini adalah perkara lumrah, hanya perbezaan pandangan dan PAS tetap dengan prinsip dan dasar yang kami perjuangkan. Kita juga menghormati rakan-rakan dalam Pakatan,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan