Anwar Ibrahim Dipindahkan Ke HKL

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2015 3:26 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan dipindahkan dari Penjara Sungai Buloh ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata bekas Ketua Pembangkang itu ditempatkan di Wad 28 hospital berkenaan.

Menurut kenyataan media pada Selasa, Fahmi memberitahu bahawa ahli keluarga Anwar akan hadir bertemu beliau di HKL pada pukul 7 malam.

Sebelum ini Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul memberitahu kesihatan Anwar semakin merosot dengan tekanan darah tidak menentu, selain ada simptom najis berdarah.

Menurut Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, Anwar kini telah kehilangan kira-kira enam kilogram berat badannya semenjak ditempatkan di Penjara Sungai Buloh pada Februari lalu.

Anwar dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun atas dakwaan liwat terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , Penjara Sungai Buloh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan