Pelarian Rohingya Berhak Terima Zakat - Mufti Pahang

Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2015 9:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kutipan wang zakat di negara ini boleh digunakan untuk membantu pelarian Rohingya kerana mereka termasuk dalam kategori 'ar-Riqab', salah satu golongan asnaf. 

Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata 'ar-Riqab' bermaksud' seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri' yang berada dalam posisi kelima yang berhak menerima zakat, selepas fakir, miskin, amil, dan mualaf.   

"Pasa zaman dahulu, 'Riqab' dikategorikan kepada golongan hamba yang tertindas, namun pada masa kini, ia boleh digunakan kepada pelarian Rohingya kerana mereka juga tertindas dan menerima tekanan daripada pemerintah negara mereka," katanya. 

Abdul Rahman bercakap kepada pemberita selepas menganggotai panel pada 'Persidangan Zakat Dalam Pembangunan Peringkat Kebangsaan 2015' anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, Isnin .

Persidangan tersebut turut dihadiri Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan Timbalan Mufti Brunei Datuk Paduka Seri Setia Awang Suhaili Mohiddin.

Sementara itu, Mohamad Shukri berkata pelarian Rohingya juga berhak menerima zakat di bawah kategori 'Ibnus Sabil' iaitu musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negara yang mendatangkan pulangan yang baik kepada umat Islam. 

Sehubungan itu, katanya Malaysia selaku negara Islam mempunyai kewajipan untuk membantu golongan itu atas dasar semangat kemanusiaan dan satu agama, katanya. 

"Bagaimanapun, kita tidak boleh begitu bergantung kepada wang zakat. Apa yang lebih utama adalah sedekah kerana (kutipan) zakat adalah terhad.

Sedekah itu berpanjangan," katanya. 

Sementara itu, Naib Canselor UMP Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata Malaysia adalah penyumbang tertinggi kepada jurnal berkaitan zakat di Library Philosophy and Practice (e-journal) University of Nebraska-Lincoln, Amerika Syarikat.

"Kajian pada bulan Disember 2014 mendapati bagi tempoh 10 tahun antara 2003 hingga 2013, hanya 108 karya ilmiah berkaitan zakat diterbitkan, dengan sumbangan tertinggi daripada Malaysia, iaitu sebanyak 47 artikel," katanya. 

Teks ucapan beliau dibacakan Pemangku Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMP Wan Azhar Wan Yusof. 

Lebih 100 peserta mengikuti persidangan sehari itu yang bertemakan 'Zakat Pemacu Ekonomi Ummah'.

Tags / Kata Kunci: Zakat , Pelarian Rohingya

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan