"Hari Ini Saya Setuju Dengan Kit Siang" - Tun M

Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2015 3:28 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad jarang-jarang sependapat dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, tetapi beliau senada dengannya berhubung isu 'kemewahan' dirinya yang ditimbulkan baru-baru ini.

Bekas Perdana Menteri berkata, beliau bersetuju dengan Ahli Parlimen Gelang Patah itu yang mempertikaikan tawaran wang oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membongkar harta beliau.

"Saya tak selalu bersetuju dengan Kit Siang.

"Tapi pada hari ini saya setuju dengannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan penulisan esei dan foto 2015 anjuran Yayasan Maybank dan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Isnin.

Dr Mahathir berkata demikian ketika mengulas mengenai Kit Siang yang mempersoalkan mengenai 'tempoh masa' tawaran RM1 juta yang dibuat oleh kumpulan Warga Untuk Tata Kelola Pemerintahan Bertanggungjawab (CAGM) yang baharu ditubuhkan bulan lalu.

Dalam kenyataan pada Sabtu, pengerusinya, Md Zainal Abidin menawarkan habuan kepada sesiapa sahaja yang tampil memberi maklumat mengenai harta tersembunyi dan wang tunai yang dimiliki Dr Mahathir.

Kit Siang berkata, timbul keraguan apabila tawaran dilakukan pada ketika Dr Mahathir sedang menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mendesak Najib meletak jawatan.

Kit Siang juga mempersoalkan mengapa tawaran RM1 juta tidak dibuat semasa pentadbiran 22 tahun Dr Mahathir.

"Adakah kerana tawaran tersebut akan mengakibatkan mereka dihumban ke penjara sebelum tawaran dapat dibuat?" soal Kit Siang.

Tanpa enggan mengulas lanjut, Dr Mahathir bagaimanapun sempat mengucapkan selamat maju jaya kepada kumpulan tersebut.

"Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua.

"Saya harap mereka akan memperolehi lebih 'banyak juta'," katanya sambil tersenyum.
Tags / Kata Kunci: Tun Dr Mahathir , CAGM , Lim Kit Siang

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan