PAS Kaji Hubungan Dengan DAP?

Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2015 3:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS mungkin akan mengkaji semula kerjasama parti itu dengan DAP susulan perbalahan yang wujud antara dua sekutu pakatan pembangkang terbabit.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun berkata, kajian semula hubungan berkenaan tiada kaitan dengan kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat.

"Pakatan tak jadi masalah sebab dianggotai tiga parti. PAS dan DAP mungkin ada masalah. Saya tak nafikan ada masalah.

"Mungkin hal ini dikaji. DAP pun kaji, PAS pun kaji...mungkin. Tapi bukan Pakatan Rakyat, tetapi PAS dan DAP mungkin. Saya tak tolak kemungkinan itu," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, Isnin.

Pada Mac lalu DAP mengisytiharkan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, namun mahu terus bekerjasama dengan PAS dalam pakatan pembangkang.

Malah Hadi baru-baru turut menyatakan kesediaan untuk memutuskan hubungan dengan DAP susulan parti itu meminggirkan PAS dalam membentuk kabinet bayangan.

Selain itu, mengulas mengenai tindakan pemimpin utama DAP iaitu Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng yang secara berterusan mengkritik PAS khususnya Hadi, Mustafa menyifatkan kedua-dua mereka bersikap 'gopoh'.

Katanya, Kit Siang sendiri selaku Ketua Parlimen DAP dan ahli politik senior bertindak tidak matang apabila mencadangkan pembentukan kerajaan baharu atas dasar 'Save Malaysia'.

"Saya hormati Kit Siang sebagai veteran, senior daripada saya.

"Tetapi he acted like political novice (orang baharu). Saya bukan nak perkecilkan beliau. Tapi kenyataan dia dianggap pelik," katanya.

Selain itu, Mustafa berkata, tindakan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP membuat kenyataan menyerang peribadi Hadi dibuat bagi menutup kelemahan cadangan mereka yang dianggap tidak relevan.

"Saya rasa beliau (Guan Eng) ni gelabah. Pandangan dia termasuk Kit Siang tak diterima rakyat Malaysia, tak usah kata rakyat, Dr Mahathir pun tak terima.

"Save Malaysia tak ada yang respons, nak tutup kelemahan ini terpaksa serang orang lain," katanya.

Baru-baru ini Kit Siang turut menyatakan kesediannya untuk bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyelamatkan negara ini.

Bagaimanapun Dr Mahathir menolak pelawaan Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Tags / Kata Kunci: PAS , DAP , Mustafa Ali , Lim Guan Eng , Lim Kit Siang

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan