Muktamar Bukan Penentu Kedudukan PAS Dalam Pakatan

Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2015 12:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS menolak dakwaan bahawa muktamar tahunan parti itu yang bermula Khamis ini bakal menentukan nasib dan masa depan kerjasama politik pakatan pembangkang.

Malah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mendedahkan bahawa tiada usul bagi meminta parti Islam itu memutuskan kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Ada yang kata muktamar adalah pemutus kepada Pakatan Rakyat nak hidup atau mati. Tak betul tu. Ada lagi kenyataan yang berkait tentang kumpulan dalam PAS. Ada disebut pro pakatan dan anti pakatan.

"Itu semua tak betul...baseless, no such thing. Saya nak nyatakan bahawa tak ada seorang pun pimpinan tertinggi PAS yang mempunyai pendirian nak keluarkan PAS daripada Pakatan Rakyat," katanya.

Selain itu, kata Mustafa lagi, tiada ruang kepada 1,195 perwakilan PAS untuk membincangkan mengenai kedudukan PAS bersama Pakatan Rakyat semasa muktamar yang akan berlangsung di Kuala Selangor dari 4 hingga 6 Jun ini.

"Proses muktamar itu sendiri tidak mungkin akan mengambil keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat.

"Sebab muktamar ada beberapa kaedah, pertama ialah usul. Tak ada usul yang kita terima yang minta PAS keluar Pakatan Rakyat. Jadi tak bincanglah perkara ini.

"Keduanya ialah ucapan dasar, saya difahamkan tak ada ucapan dasar yang menyebut PAS keluar daripada Pakatan Rakyat. Jadi mana ada lagi ruang," soalnya.

Ditanya kemungkinan perwakilan akan membawa usul tergempar mengenai isu berkenaan, Mustafa berkata: "Usul tergempar perlu melalui beberapa proses sebelum ia dibenar untuk dibahaskan.

"Kalau pengerusi tetap tolak, mati kat situ sajalah."


Tags / Kata Kunci: PAS , muktamar , Mustafa Ali , Pakatan Rakyat

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan