Kontrak 6,000 Kakitangan MAS Ditamatkan - Berita Semasa | mStar

Kontrak 6,000 Kakitangan MAS Ditamatkan

Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2015 1:56 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Penerbangan Malaysia (MAS) telah menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada 20,000 kakitangannya pada Isnin dan daripada jumlah itu kontrak 6,000 pekerja akan ditamatkan manakala 14,000 lagi ditawarkan bekerja dengan syarikat baharu Malaysia Airlines Bhd group (MAS Bhd).

MAS akan kekal sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan penuh dan bukan sebagai syarikat penerbangan serantau. Ia juga akan mengekalkan semua laluan domestiknya. 

MAS Bhd akan dibahagikan kepada tiga divisyen iaitu operasi, fungsi sokongan dan pembangunan dan pelajaran menerusi 12 anak syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller dalam taklimat pada Isnin berkata, divisyen operasi turut membabitkan MAS Wings, Firefly dan MAS Kargo.

Di bawah divisyen fungsi sokongan, terdapat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih, MAS Holiday dan Enrich.

Bagi divisyen pembangunan dan pembelajaran, ia melibatkan Akademi Penerbangan Malaysia, latihan kejuruteraan, latihan penerbangan dan laithan operasi.

MAS Bhd mencatatkan jualan sejuta tiket penerbangan setakat ini.

Di bawah tiga fasa pemulihan syarikat penerbangan itu, peringkat pertama akan mulai 2015 sehingga 2017/2018 dengan perkembangan dijangka bermula pada 2017/2018.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan