FWC Agih 10,000 NutriXprezz Untuk Mangsa Gempa Nepal

Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2015 7:21 PM

Wakil FWC meneliti proses pembungkusan snek untuk mangsa gempa Nepal di Subang.

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Sebanyak 10,000 snek berkhasiat NutriXprezz disumbangkan kepada mangsa gempa bumi di Nepal yang kini berhadapan dengan pelbagai masalah termasuk kekurangan sumber makanan berkhasiat.

Menurut Ketua Divisyen, Perancangan Strategik Korporat Felda Wellness Corporation (FWC), Ikmal Hisham Mohd Kamal, sumbangan berbentuk makanan itu diharap dapat membantu penduduk negara itu yang ditimpa bencana April lalu.

"Sebanyak 10,000 bar NutriXprezz disediakan dan akan diserahkan kepada bahagian Operasi Bantuan Mangsa Gempa Bumi Nepal untuk dihantar ke sana.

"Ini adalah inisiatif FWC atas dasar keprihatinan terhadap mangsa yang kini berada dalam kesusahan, disamping mendokong tanggungjawab sosial korporat," katanya ketika penyerahan snek NutriXprezz di Pusat Pengumpulan Barangan Bantuan Kemanusiaan Nepal, di sini.

Selain itu, seiring dengan matlamat utama syarikat, FWC menganggap bantuan dan sumbangan yang diserahkan untuk mengelak mangsa gempa bumi kebuluran.

"Disebabkan kejadian gempa bumi, rakyat Nepal sukar untuk mendapatkan sumber makanan jadi kami membantu mangsa dengan menghulurkan snek bar NutriXprezz yang mengandungi pelbagai khasiat," katanya.

Sementara itu, FWC turut menyatakan hasrat supaya lebih banyak lagi syarikat korporat turun padang menyertai inisiatif murni ini bagi membantu golongan yang memerlukan.

Tags / Kata Kunci: FWC , Nepal , gempa bumi , NutriXprezz

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan