Pembantu Domestik: Cadangan Kenaikan Gaji Terlalu Tinggi - Riot

Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2015 2:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan Indonesia untuk menaikkan gaji pembantu domestik kepada RM1,200 adalah terlalu tinggi berbanding kadar gaji minimum yang ditetapkan di Malaysia iaitu RM900, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia telah memohon kepada kerajaan Indonesia untuk mengemukakan justifikasi lengkap secara bertulis mengenai cadangan itu, namun masih belum menerima sebarang maklum balas.

"Kerajaan akan mengadakan sesi perbincangan bersama pertubuhan majikan, kesatuan sekerja dan agensi-agensi pekerjaan di Malaysia mengenai cadangan ini sebelum sebarang pertimbangan dan hala tuju pelaksanaannya (cadangan menaikkan gaji) ditentukan," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Menurutnya cadangan menaikkan gaji pekerja domestik Indonesia daripada RM700 kepada RM1,200 telah dikemukakan kerajaan negara itu pada mesyuarat kumpulan kerja bersama antara Malaysia dan Indonesia berhubung Protokol Pindaan Memorandum Persefahaman Mengenai Perkhidmatan Domestik Indonesia di Putrajaya pada 13 Mei lepas.

Kerajaan Indonesia berpendapat cadangan itu akan menjadikan perkhidmatan domestik di Malaysia lebih kompetitif dan mampu bersaing dengan gaji yang ditawarkan oleh negara-negara lain.

Selain itu, katanya ia juga akan menarik minat lebih ramai pembantu domestik dari Indonesia untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pekerjaan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Indonesia , Richard Riot Jaem

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan