BRT-Laluan Sunway Lembaran Baharu Pengangkutan Awam Negara

Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2015 8:41 PM

Najib (tiga, kanan) menaiki BRT-Laluan Sunway di Kompleks BRT Sunway, Isnin. Turut mengiringi Perdana Menteri adalah Pengerusi Kumpulan Sunway Tan Sri Jeffrey Cheah (dua, kanan).

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menggunakan teknologi mesra alam, sistem Bas Rapid Transit Laluan Sunway (BRT-Laluan Sunway) kini menjadi pengangkutan awam pertama di negara ini yang membudayakan teknologi hijau.

Lebih membanggakan BRT-Laluan Sunway disifatkan sebagai lembaran baharu dalam sistem pengangkutan awam negara kerana menggunakan bas elektrik sehingga diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, BRT-Laluan Sunway merupakan sistem pengangkutan terbaharu yang menggunakan teknologi pintar dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas, disamping mengurangkan pelepasan gas karbon.

"Projek ini memenuhi hasrat kerajaan untuk membangunkan sistem pengangkutan awam yang efisien, boleh diharap dan selesa.

"Ada sesetengah negara maju yang penduduknya menyimpan kenderaan di country side dan menggunakan pengangkutan awam untuk ke mana-mana. Kita juga boleh melakukannya jika mempunyai sistem pengangkutan awam yang bersepadu dan masalah ini telah dikenal pasti kerajaan," katanya semasa merasmikan sistem BRT-Laluan Sunway di Kompleks BRT Sunway di sini, Isnin.

Najib (tiga, kanan) merasmikan BRT-Laluan Sunway di Kompleks BRT Sunway, Isnin. Turut kelihatan Pengerusi Kumpulan Sunway Tan Sri Jeffrey Cheah (dua, kanan).


BRT-Laluan Sunway menghubungkan tujuh stesen iaitu Sunway-Setia Jaya, Mentari, Sunway Lagoon, SunMed, SunU-Monash, South Quay dan USJ7.

Orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan BRT-Laluan Sunway secara percuma selama selama dua bulan bermula Selasa.

Sistem BRT-Laluan Sunway yang dibangunkan Kumpulan Prasarana dan Kumpulan Sunway itu akan memberi perkhidmatan kepada 500,000 penduduk di sekitar Bandar Sunway dan subang Jaya yang mampu mencapai 2,400 penumpang setiap jam.

Sebanyak 15 bas akan digunakan bagi perkhidmatan BRT-Laluan Sunway.

Selaras dengan perkembangan jalur lebar, bas-bas berkenaan turut dilengkapi perkhidmatan Wifi secara percuma untuk kemudahan penumpang.

Tags / Kata Kunci: BRT-Laluan Sunway , bas elektrik

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan