Orang Ramai Selamatkan Bayi Ditinggal Dalam Kereta Berkunci

Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2015 6:50 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tindakan pantas orang ramai menyelamatkan seorang bayi yang ditinggalkan dalam kereta di hadapan sebuah bank di Seksyen 9 di sini tengah hari Isnin.

Bayi yang tidak diketahui jantinanya itu ditinggalkan dalam kereta ibunya yang berkunci dan enjinnya dimatikan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata orang ramai menyedari bayi itu ditinggalkan keseorangan dan mereka cuba mengesan ibu bapanya tetapi gagal.

"Kira-kira lima minit kemudian, orang ramai bertindak memecahkan cermin pintu belakang kereta itu untuk menyelamatkan bayi berkenaan yang sudah berpeluh.

"Ibu bayi itu tiba sebaik anaknya berjaya diselamatkan dan beliau mengakui terlupa menghidupkan enjin keretanya kerana mahu tergesa-gesa atas urusan penting," katanya.

Azisman mengucapkan terima kasih kepada anggota masyarakat yang prihatin dan menyelamatkan nyawa bayi itu.

Video tindakan pantas orang ramai menyelamatkan bayi berkenaan menjadi viral di laman Facebook dan mendapat pelbagai reaksi yang kebanyakannya mengecam tindakan ibu bayi berkenaan yang meninggalkan anaknya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan