(NGO) Netherlands Puji Usaha Malaysia Bela Nasib Rohingya

Diterbitkan: Ahad, 31 Mei 2015 10:42 PM

(Ubah saiz teks)

PADANG BESAR: Usaha Kerajaan Malaysia membela nasib pelarian Rohingya mendapat sanjungan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Netherlands. 

Presiden Salaamah Wal Adaalah, Nourdeen Wilderman berkata beliau dan pasukannya tertarik melihat layanan Kerajaan Malaysia kepada pelarian di Pusat Depo Tahanan Belantik di Kedah. 

"Ia kelihatan amat elok dan baik, kami tidak dapat masuk, tapi kami dapat lihat dari luar. Kami cukup teruja, pusat itu nampak elok," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada satu lawatan dengan NGO itu di kubur besar dipercayai kubur pelarian Rohingya yang ditemui di Ban Ta Lok di sini baru-baru ini. 

Penemuan kubur itu yang terletak kira-kira 40 minit perjalanan dengan kereta dari sempadan Malaysia-Thai di Padang Besar membawa kepada penemuan satu lagi kubur besar di Wang Kelian, Malaysia, kira-kira dua minggu kemudian.   

Nourdeen telah mengendali isu Rohingya selama lebih 10 tahun.

Beliau bagaimanapun berkata, tindakan serius perlu diambil oleh semua negara dalam menangani isu Rohingya, dan memberi fokus kepada punca isu - pengusiran
etnik oleh Myanmar.  

"Ia seperti virus. Mula-mula, berlaku pengusiran etnik (Rohingya), kemudian kebanjiran pelarian (Rohingya) di Bangladesh, kemudian anda hadapi orang (pelarian) yang berdepan dengan maut dalam bot. Jadi, bila mereka tidak bermaya, anda dapati ada orang mengambil (peluang) untuk pemasaran (mereka), iaitu pemerdagangan manusia.    

"Akhirnya, kita lihat kubur besar di sini," katanya.   

Nourdeen dan tiga lagi anggota NGO itu merancang tinggal di Malaysia seminggu lagi, setelah berada di sini empat hari, melawat beberapa tempat yang berkaitan dengan isu Rohingya.   

Mereka singgah sebentar di Padang Besar, sebelum kembali semula ke Malaysia.

Salaamah Wal Adaalah bergerak dengan bantuan amal dan wakaf dan hanya memfokus kepada isu Rohingya.  Selain menyampaikan bantuan kepada pelarian Rohingya seantero dunia, NGO itu juga melawat negara-negara untuk menimbulkan kesedaran pihak berkuasa terhadap isu itu.   

Sehingga ini, 35 mayat, dipercayai mangsa kegiatan pemerdagangan manusia telah dikeluarkan sejak penemuan kubur itu di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis Isnin lepas. 

Mayat-mayat itu dikeluarkan dari kalangan 139 kubur yang ditemui oleh pihak berkuasa di 28 khemah transit dibina oleh sindiket pemerdagangan manusia di
sepanjang sempadan Perlis-Thailand.  

Pada 10 Mei, sejumlah 1,158 pendatang haram Bangladesh dan pelarian Rohingya dilaporkan mendarat di Langkawi. Kira-kira 10,000 orang lagi dikatakan masih tersadai di laut dan cuba mendarat di negara-negara berhampiran.   
-- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Rohingya , NGO Netherlands

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan