Keputusan Pertukaran Guru Guna Sistem Lampu Isyarat - Idris

Diterbitkan: Ahad, 31 Mei 2015 1:56 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Keputusan pertukaran guru antara negeri-negeri bagi pertengahan tahun ini pertama kalinya dibuat menggunakan sistem lampu isyarat, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh di sini.

Beliau berkata menerusi sistem itu, keputusan permohonan guru untuk bertukar ke negeri-negeri pilihan mereka dibuat berdasarkan satu kekosongan bagi satu opsyen.

"Sistem lampu isyarat itu digambarkan seperti lampu hijau sekiranya  permohonan yang dibuat bertepatan dengan kekosongan yang ada atau hijau dengan hijau maka baharulah permohonan itu diluluskan," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke Projek Usahawan Empower di Kampung Beris Lampu Kuala Besut di sini pada Ahad.

Katanya permohonan hanya akan dilayan sekiranya ada kekosongan mengikut opsyen dan menurutnya antara sebab permohonan tidak dilayan adalah kerana tiada kekosongan di tempat yang dipohon.

Beliau berkata kekosongan yang terdapat di negeri-negeri ada dipaparkan secara dalam talian menerusi laman web kementerian.

Idris berkata permohonan untuk bertukar ke tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu merupakan paling banyak diterima.

Bagi sekolah rendah terdapat 2,000 permohonan untuk ke Kelantan diikuti  Kedah sebanyak 1,000 permohonan dan 900 permohonan ke Terengganu manakala sekolah menengah pula 2,000 permohonan untuk ke Kelantan, Terengganu (1,000 permohonan) dan Kedah (700 permohonan), katanya.

Katanya di Sarawak membabitkan masing-masing 1,500 permohonan pertukaran daripada guru sekolah rendah dan sekolah menengah manakala di Sabah sebanyak 700 permohonan daripada sekolah rendah dan 900 daripada sekolah menengah.

Tags / Kata Kunci: Guru , Lampu Isyarat

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan