Jadikan Kerjaya Amah Profesional, Tarik Minat Warga Tempatan - Mama

Diterbitkan: Ahad, 31 Mei 2015 3:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya kerjaya pembantu rumah diiktiraf sebagai kerjaya profesional bagi menggalak penyertaan warga tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada rakyat asing.

Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (Mama) Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein berkata dengan permintaan terbaru Indonesia untuk menaikkan kadar gaji pembantu rumah dari negara itu, masalah melibatkan perkara itu seolah tidak berpenghujung.

"Jadikan kerjaya ini sebagai kerja yang terhormat. Wujudkan kursus khas di universiti atau pusat kemahiran dan beri sijil profesional kepada warga tempatan khususnya.

"Namanya juga perlu ditukar, Pengurus Rumah Tangga misalnya ... jika kita berjaya wujudkan ini, maka kita takkan lagi bergantung pada amah dari luar," katanya pada Ahad.

Engku Ahmad Fauzi berkata dengan sijil yang dimiliki, pengurus rumah tangga ini dijamin mempunyai kemahiran bermutu dalam mengurus hal ehwal rumah tangga termasuk mengasuh anak-anak.

Justeru, katanya majikan juga perlu melayan mereka sebagai pekerja profesional dengan mematuhi peraturan seperti tempoh bekerja, cuti dan sebagainya seperti yang ditetapkan.

Pada mesyuarat kumpulan kerja bersama antara Kementerian Sumber Manusia Malaysia dan Indonesia 12 dan 13 Mei lepas, Indonesia telah menyerahkan kertas cadangan untuk penambahbaikan syarat kerja pembantu rumah dari negara itu di Malaysia, termasuk menaikkan gaji daripada RM800 kepada RM1,200.

Mengulas mengenainya, Engku Ahmad Fauzi berkata cadangan itu tidak munasabah kerana gaji minimum rakyat negara berada pada paras RM900 sahaja.

"Kita harap kerajaan akan berbincang semula dengan kerajaan Indonesia namun dalam pada itu mesti mencari jalan penyelesaian holistik mengenai isu ini," katanya.

Menurutnya, kira-kira 250,000 majikan negara ini bergantung pada pembantu rumah dan sebahagian besar daripadanya menggaji pembantu rumah dari Indonesia, diikuti Filipina dan Thailand.

Dalam pada itu, beliau berkata Malaysia boleh mencontohi negara maju seperti Amerika Syarikat iaitu pengasuh kanak-kanak atau pembantu rumah adalah terdiri daripada warga tempatan yang diberi latihan profesional dan mempunyai sijil dengan gaji yang berpatutan.

Engku Ahmad Fauzi berkata jika kursus khas pembantu rumah dapat diwujudkan, Malaysia mampu menjadi hab untuk melatih individu dari dalam dan luar negara yang mahu menyertai pasaran kerja berkenaan.

Sementara itu, beliau juga berkata penguatkuasaan undang-undang mandatori kepada majikan untuk menyediakan taska penjagaan kanak-kanak atau nurseri di tempat kerja juga perlu dilaksanakan.

"Kita cadangkan ia perlu mandatori. Wajibkan, jika tidak ambil tindakan.

Sebab antara masalah ibu-ibu utama bekerja ini ialah pengasuh anak selain nak urus rumah.

"Saya fikir jika semua majikan boleh sediakan nurseri, masalah kebergantungan kepada orang gaji ini boleh selesai," katanya. 

Tags / Kata Kunci: Amah , Mama

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan