Menu Diraja Johor Dihidang Dalam Penerbangan MAS

Diterbitkan: Ahad, 31 Mei 2015 10:32 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Nasi Kuning dan Opor Ayam Kacang yang hanya dihidangkan di Istana Johor akan dapat dinikmati oleh penumpang kelas satu dan perniagaan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) bagi destinasi terpilih mulai Isnin hingga akhir tahun ini.

Selain itu, tujuh lagi menu eksklusif dari dapur istana iaitu Nasi Tumpang, 'Beef on Toast', Udang Masak Merah, 'Grilled Beef Tenderloin Patty', Dadar

Pahang, Ayam Panggang Johor dan Puding Raja bersama Jala Emas akan turut dihidangkan kepada penumpang dua kelas penerbangan itu. 

Chef Eksekutif dan Pengurus Makanan dan Minuman Jabatan Dalam Kabin MAS Chef Zahiddin Dris berkata hidangan itu adalah hasil kerjasama pihak MAS dengan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dan ianya akan disajikan dalam penerbangan ke destinasi terpilih antaranya London, Paris, Amsterdam, Perth, Auckland, Bangkok dan Jakarta. 

"Menu Diraja itu akan menampilkan cita rasa Tengku Puan Pahang sekali gus berpeluang memperkenalkan makanan istimewa istana di negara ini ke seluruh dunia," katanya kepada Bernama pada majlis demonstrasi masakan eksklusif dari Dapur Istana oleh Tengku Azizah di Festival Big Kitchen Kuala Lumpur 2015 di Dataran Merdeka di sini, Ahad.

Pada majlis itu, Tengku Puan Pahang berpakaian lengkap seperti chef berkenan mencemar duli menghasilkan menu eksklusif Nasi Kuning dan Opor Ayam Kacang yang menggunakan bahan-bahan seperti ayam yang direbus, kacang yang dihancurkan beserta rempah ratus Melayu, santan, beras basmati kunyit, kacang buncis dan bawang. 

Dengan tidak membataskan kedudukannya sebagai seorang puteri raja, baginda berkongsi resepi dan menunjukkan cara-cara menyediakan hidangan istimewa itu kepada kira-kira 750 pengunjung dari dalam dan luar negara. 

Sepanjang demonstrasi selama 20 minit itu, Tengku Puan Pahang mengendali ruang masakan dengan kemas dan teratur sekali gus menggambarkan kecekapan baginda dalam memasak.

Festival tiga hari, yang berakhir Ahad, dianjurkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan turut menampilkan 20 chef antarabangsa dan tempatan yang memasak 119 resipi secara langsung di hadapan pengunjung. 

Turut diadakan sepanjang festival adalah lapan perkampungan makanan yang menyediakan 13 gerai makanan mewakili setiap negeri dan menghidangkan 200 jenis juadah oleh 100 gerai jualan.  -- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MAS

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan