Pemerdagangan Manusia: Dalang Utama Mungkin Bersembunyi Di Ranong

Diterbitkan: Ahad, 31 Mei 2015 8:35 PM

(Ubah saiz teks)

PADANG BESAR: Dalang utama sindiket pemerdagangan pelarian Rohingya dan pendatang Bangladesh dipercayai bersembunyi di Ranong, bersempadan dengan Kawthoung di Myanmar.

Ini untuk mengelak dikesan oleh pihak berkuasa ketika operasi diperhebatkan untuk memburu dalang rangkaian pemerdangan manusia, berdasarkan pemerhatian oleh penduduk tempatan di Ban Ta Lok, di sini, tempat kubur besar mengandungi enam mayat, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia ditemui.   

Baru-baru ini, Bernama dan TV3 yang melawat kubur besar itu - kira-kira sebulan selepas ia ditemui - diberitahu oleh penduduk setempat bahawa kegiatan haram itu dijalankan oleh beberapa orang bawahan dalang itu.

Konco-konco dalang utama itu bersembunyi di satu tempat dikenali Bukit Gelas, tidak jauh dari lokasi kubur besar ditemui.

Sebelum penemuan itu, Surin Mochen, 85, berkata kelibat orang Rohingya dilihat berkeliaran di sekitar kampung walaupun tidak begitu kerap.

"Dia orang bawa pergi dari mana nuu...ada taukeh dia...mai Ranong, taukeh dia ada duk Ranong tu," katanya ketika ditemui di masjid selepas rangka mayat mangsa dikumpulkan dari kubur besar itu, sebulan lepas.

Seorang lagi penduduk tempatan, Yunus Hamid, 45, ketika ditemui di lokasi juga mengesahkan maklumat itu. 

"Dia orang sudah bicara kat sini, taukeh besar ada di Ranong ni...dia tak mari sini," katanya. 

Ketika ditanya mengenai asal-usul suspek, Yunus berkata berdasarkan desas-desus penduduk di sini, suspek ialah lelaki keturunan Thai.

Kedua-dua mereka nampaknya pada mula keberatan untuk berkongsi maklumat tetapi mula bercakap apabila berasa lebih selesa dengan pemberita dan tajuk perbualan.

"La ni takda apa dah...terus senyap. Sekarang pun dah ada askar jaga (kawasan hutan tempat kubur ditemui), takut ada lagi (mayat) yang nak dibawa masuk," katanya. 

Penemuan kubur besar yang terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari sempadan Malaysia-Thai di Padang Besar, Malaysia, juga dipercayai menghasilkan penemuan satu lagi kubur besar di Wang Kelian, Malaysia kira-kira dua minggu kemudian. 

Yunus berkata penduduk tempatan di sekitar kampung itu juga bercakap bahawa mereka percaya bahawa lebih banyak kubur belum ditemui di kaki Bukit Gelas.

Bernama juga dibawa meninjau ke lokasi kawasan kubur besar, kira-kira satu kilometer dari masjid, tempat enam mayat ditemui.

Siasatan oleh Bernama mendapati kawasan kubur ditinggalkan tanpa penyeliaan dan dibuka kepada orang ramai.  

Ranong terletak di sepanjang Pantai Andaman Utara di selatan Thailand dan mudah diakses melalui bot dari Kawthoung, Myanmar.

Pada Ahad, media online Thailand 'The Daily Star' melaporkan bahawa timbalan komander Polis Wilayah 9, Mejar-Jen Putthichat Ekachan berkata 81 waran tangkap telah dikeluarkan setakat ini temasuk empat waran tangkap baharu Ahad. 

Beliau dipetik sebagai berkata kira-kira 51 suspek telah ditangkap sementara 30 orang lagi masih bebas dan polis sedang memburu saki-baki suspek di Songkhla, Satun dan Ranong. 

-- BERNAMA
Tags / Kata Kunci: Pemerdagangan Manusia , Rohingya

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan