Permata Perkenal Ujian Minda Untuk Kanak-Kanak Bawah Lima Tahun - Rosmah

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mei 2015 3:19 PM

(Ubah saiz teks)

BESERI: Permata Negara akan memperkenalkan laman web mengandungi soalan yang menguji kecergasan minda kanak-kanak di bawah umur lima tahun, menjelang November ini, kata Penaung Program Permata Negara Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, projek itu yang dibangunkan dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Pembangunan Kanak-kanak Kebangsaan (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan Universiti Kebangsaan Malaysia, bertujuan membolehkan pengurusan dan pembangunan anak-anak cemerlang dan pintar dapat dibuat daripada tahap awal lagi.

Rosmah yang juga isteri perdana menteri berkata projek itu kini di peringkat dibangunkan dalam bentuk web, sekaligus membolehkan capaian lebih luas dan tidak terhad kepada anak-anak Permata.

"Ini akan membolehkan kita mengenal pasti tahap intelektual anak-anak seawal di bawah umur lima tahun, lepas tu senanglah untuk kita menguruskan pembangunan anak-anak cemerlang atau pintar ini," katanya pada Majlis Ramah Mesra bersama ibu bapa dan pendidik di Pusat Anak Permata Negara Beseri di sini, Sabtu.

Katanya, projek perintis ujian IQ atau minda itu telah dilaksanakan baru-baru ini membabitkan 47 anak-anak Permata seluruh negara dan hasilnya tiga daripada mereka mendapat skor melebihi 129 iaitu pintar, dan lapan lagi daripada mereka memperoleh skor atas tahap purata.

Jelasnya mereka yang mendapat skor cemerlang ataupun skor melebihi yang ditetapkan dalam peperiksaan terbabit akan dibawa mengikuti kem khas pada Disember ini di UKM.

Dalam pada itu, Rosmah berkata beliau berhasrat untuk mewujudkan pusat anak Permata di setiap Parlimen di seluruh negara, bagaimanapun ia tertakluk kepada kemampuan perbelanjaan dan kewujudan tapak tanah untuk tujuan itu.

Sehingga kini, terdapat hampir 800 pusat permata seluruh negara dengan bilangan anak berjumlah lebih 17,000 orang.

Rosmah, yang tiba di Pusat Anak Permata Negara Beseri pada kira-kira 11.50 pagi diiringi isteri menteri besar Perlis, Datin Seri Nor Aswana Omar, meluangkan masa kira-kira sejam setengah beramah mesra dengan kalangan ibu bapa serta menyertai sesi soal jawab.

Program Permata Negara yang memasuki lapan tahun pelaksanaannya, merupakan cetusan idea Rosmah bagi memastikan setiap anak diberikan peluang pelajaran yang terbaik agar mereka dapat menyumbang sebagai modal insan negara. 

Setiap program Permata diperincikan dengan teliti pelaksanaannya termasuk mengambil kira pelbagai aspek seperti peringkat umur, kebolehan, keupayaan, kelainan dan bakat semulajadi yang ada pada setiap kanak-kanak.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Permata Negara , Rosmah Mansor

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan