Selagi Hayat, Saya Tak Akan Lihat Perubahan Dalam Polis - Bekas Ketua Hakim

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mei 2015 12:20 PM

Mohamed Dzaiddin Abdullah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim percaya selagi hayatnya, beliau tidak akan berpeluang melihat sebarang perubahan untuk menambahbaik perkhidmatan polis.

Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah berkata demikian apabila menyingkap saranannya berhubung penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), sedekad lalu.

Bekas anggota polis berpangkat Inspektor itu menggeleng kepalanya dan tunduk apabila nama beberapa tahanan polis yang meninggal dunia sejak dua tahun lalu dibacakan pada forum yang dianjurkan Majlis Peguam dan Persatuan Hak Asasi Kemanusiaan Nasional (Hakam) berkaitan kebertanggungjawab polis, pagi Sabtu.

Mohamed Dzaiddin berkata, sikap tidak peduli kepada aspek kemanusiaan telah meresap ke dalam pasukan itu, malahan seawal fasa latihan.

"Etos kerja dan suasana sekeliling juga memberi kesan dalam PDRM," katanya.

Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 2015 menunjukkan 242 tahanan meninggal dunia antara 2000 hingga Februari 2014.

Tags / Kata Kunci: Mohamed Dzaiddin Abdullah , Suhakam

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan