Muktamar Perteguh Keazaman PAS Laksana Hudud - Penganalisis Politik

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mei 2015 1:29 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Muktamar tahunan PAS 2015 Jun ini dilihat bakal memperteguhkan lagi keazaman parti itu untuk melaksanakan hudud.

Sekalipun sekutu mereka DAP semakin keras menentang, namun penganalisis politik yakin Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan terus mendapat kepercayaan anggota untuk memimpin parti bagi menjayakan pelaksanaan hukum Islam itu di Kelantan.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata serangan pemimpin-pemimpin DAP terhadap PAS jelas menunjukkan adanya perancangan parti itu untuk menguasai PAS melalui pemilihan pada muktamar kali ini.

Beliau berpendapat DAP sedang berusaha untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin PAS yang berani berkata 'tidak' kepada DAP yang begitu keras menentang hudud.

Serangan DAP itu dilihat bertujuan untuk mengendurkan perjuangan PAS dalam melaksanakan hudud, katanya.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa  Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff melihat DAP mahu kalangan pemimpin PAS yang selari pemikiran dengan mereka menang pada pemilihan muktamar nanti.

"Persepsi masyarakat umum pada pemilihan kali ini ialah ia melibatkan pertentangan antara mereka yang mahu menegakkan Islam dengan kumpulan yang mahu menegakkan sekularisme di negara ini.

"Saya tidak dapat melihat bagaimana Muktamar Tahunan PAS 2015 ini akan mengendurkan perjuangan PAS untuk melaksanakan hudud, sebaliknya akan memperteguhkan lagi keazaman mereka," katanya.

Kamarul Zaman yakin golongan ulama yang menjadi tunjang kepada perjuangan PAS selama ini akan menang besar.

"Saya melihat bahawa golongan pro kepada DAP akan mengalami kekalahan teruk kepada pendukung kepimpinan ulama dalam muktamar itu nanti," katanya.

Muktamar Tahun PAS 2015 akan berlangsung di Kuala Selangor, Selangor pada 4 hingga 6 Jun ini.

Tindakan DAP menyerang PAS dilihat semakin memuncak selepas keputusan Abdul Hadi untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud ke Dewan Rakyat.

Presiden PAS itu berbuat demikian selepas kerajaan Kelantan membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac lepas dengan turut disokong oleh kesemua 12 anggota DUN daripada Barisan Nasional (BN).

Walaupun pelaksanaan kanun jenayah syariah tersebut hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf dan tidak kepada orang bukan Islam, DAP amat tidak senang sehinggakan Penasihat DAP Lim Kit Siang ketika berceramah di Kota Baharu pada 10 Mei lepas, seolah-olah mengajar PAS bagaimana untuk melaksanakan hudud.

Tindakan Kit Siang itu dikecam pemimpin PAS dalam kalangan ulama.

"Serangan bertubi-tubi para pemimpin DAP ke atas presiden PAS dan hudud itu menyebabkan team 'erdogan' kini semakin sukar untuk mendapatkan sokongan pada pemilihan PAS nanti," kata Kamarul Zaman.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Muktamar PAS , Mohd Zuhdi Marzuki , hudud

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan