Malaysia Tidak Terlibat Atur Perlawanan Bola Sepak Sukan SEA - KJ

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mei 2015 6:44 PM

Khairy melompat di akhir acara senamrobik pada pelancaran Fit Malaysia Johor di Dataran Bandaraya Johor Baru, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Malaysia tidak terlibat dalam sebarang kegiatan mengatur perlawanan bola sepak pada Sukan SEA ke-28 di Singapura, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau menegaskan Malaysia bebas daripada siasatan berkaitan gejala itu dan berharap perkara tersebut tidak menjejaskan perlawanan membabitkan pasukan negara.

"Berdasarkan laporan diterima setakat hari ini, ia tidak membabitkan pemain, jurulatih dan pegawai pasukan bola sepak Malaysia.

"Saya difahamkan, kita (Malaysia) tidak terlibat dalam siasatan tersebut dan difahamkan ada sebuah negara yang kebetulan berada dalam kumpulan sama dengan Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Fit Malaysia Johor 2015 di Dataran Bandaraya di sini Sabtu.

Beliau berkata demikian mengulas laporan mengenai seorang rakyat Singapura dan beberapa rakan subahatnya daripada pelbagai negara ditahan kerana dipercayai terbabit dalam mengatur perlawanan.

Semalam, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam satu kenyataan berkata bahawa penangkapan dibuat dalam operasi pada lewat Khamis sehingga awal pagi Jumaat.

CPIB berkata beberapa anggota pasukan bola sepak Sukan SEA Timor Leste turut membantu biro berkenaan dalam siasatan tersebut.

Sementara itu, Khairy berkata sebuah bandar sukan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk pusat konvensyen antarabangsa dan arena tertutup, akan dibangunkan di Bukit Jalil, dengan kos sebanyak RM1 bilion.

Beliau berkata proses bidaan bagi pembangunan tersebut yang dikendalikan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri telah selesai dilakukan.

"Pembangunan itu turut menumpukan usaha menaik taraf Stadium Nasional dan pembinaan arena tertutup memandangkan Stadium Putra mempunyai tempahan penuh menyebabkan kita memerlukan satu arena baharu," katanya.

Mengenai Fit Malaysia, anggota Parlimen Rembau itu berkata ia dijangka diperluaskan ke bandar lain di setiap negeri bagi memberi peluang kepada seluruh rakyat melibatkan diri.

"Selepas jelajah Fit Malaysia, kita akan buat di bandar kedua contohnya mungkin di Muar dan ada juga minta di Segamat. Kalau buat di ibu negeri sahaja, ia tidak akan dapat libatkan semua orang," katanya.

Terdahulu, lebih 10,000 orang berkunjung ke program Fit Malaysia berkenaan seawal 7.30 pagi, yang menyediakan pelbagai aktiviti termasuk acara larian, kayuhan basikal, senamrobik dan zumba.

Khairy turut menyertai acara larian sejauh lima kilometer dengan menamatkan cabaran itu dalam masa 29 minit.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Sukan SEA , Khairy Jamaluddin , Singapura

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan