Keluarga Kemuka Dua Tuntutan Jika Anwar Masuk Wad – Nurul Izzah

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mei 2015 1:40 PM

Nurul Izzah Anwar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:  Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan supaya memenuhi dua tuntutan sekiranya bekas ketua pembangkang itu dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan.

Tuntutan itu membabitkan kebenaran untuk ahli keluarga melawatnya di hospital dan melantik doktor untuk menilai keadaan kesihatan Anwar.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang mewakili keluarganya berkata, peluang untuk bertemu dengan Anwar sepanjang berada di hospital itu adalah amalan yang pernah dibuat keluarganya semasa bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dipenjara selama hampir enam tahun sebelum dibebaskan pada 2004.

Sehubungan itu, katanya, jika pertemuan di hospital itu dihalang, beliau mendakwa ia sebagai arahan baharu yang diterima daripada kuasa-kuasa politik atasan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, tuntutan kedua adalah mendesak kerajaan membenarkan adanya penilaian bebas oleh doktor yang dipilih keluarga untuk mengesahkan keadaan kesihatan Anwar.

“Kalau dah lebih tiga minggu kita beri peluang dan beri kerjasama penuh. Pada masa sama, kalau ia memberi impak begitu negatif kepada keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita harus bertindak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Keadilan di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian mengenai dakwaan tindakan kerajaan yang lewat memberikan rawatan menjadi punca kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin membimbangkan.

Terdahulu, pada sidang media sama, Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul memberitahu, pihaknya dimaklumkan bahawa Anwar akan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada Selasa ini untuk pemeriksaan dan rawatan perubatan.

"Kami mendapat maklumat bahawa Datuk Seri Anwar telah berulang kali membuat permintaan untuk rawatan perubatan dan dimasukkan ke hospital. Sehinggakan permintaan mudah untuk menjalani pemeriksaan ke atas bahu beliau tidak diendahkan sejak beberapa minggu," katanya yang merujuk kepada keadaan Anwar yang mengalami kecederaan di bahu kanan sejak setahun lepas.

Anwar kini dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun atas dakwaan liwat terhadap bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , Nurul Izzah Anwar

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan