Kehilangan Wang 1MDB Perlu Diambil Kira - Tun M - Berita Semasa | mStar

Kehilangan Wang 1MDB Perlu Diambil Kira - Tun M

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mei 2015 11:00 AM

Dr Mahathir Mohamad

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak boleh terlepas daripada tanggungjawab melakukan sebarang kesalahan walaupun ia melangsaikan hutang menerusi tindakan menyelamatkannya atau memjual aset, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, 1MDB tidak boleh dianggap bebas berhubung dakwaan itu kecuali ia dapat menjelaskan mengenai berbilion ringgit yang hilang itu.

"Dalam perniagaan, wang boleh hilang menerusi pelaburan atau pengurusan yang tidak berkesan. Jika itulah penjelasannya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengurusnya boleh dipecat.

"Tetapi apabila wang itu hilang da pengurusan tidak dapat menjelaskan ke mana ia pergi dan bagaimana ia hilang, jadi pengurusan itu perlu bertanggungjawab walaupun ada usaha menyelamat atau hutang itu dibayar," katanya menerusi entri terbaharu blognya.

Beliau juga menyentuh mengenai kehadiran yang ramai pada program bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjelaskan isu berkenaan serta dasar kerajaan dalam tempoh beberapa minggu ini.

"Kita lihat perhimpunan sama sebelum pilihan raya umum ke-13 tetapi keputusannya lebih teruk daripada pilihan raya sebelumnya.

"Perhimpunan seumpama itu tidak diterjemahkan pada pilihan raya umum ke-13. Mereka datang kerana pelbagai insentif," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menggesa kerajaan meneliti skandal kewangan semasa negara diterajui Dr Mahathir.

"Buka semula kes pasaran tukaran wang asing Bank Negara untuk menentukan sama ada sebarang perundangan tidak dipatuhi sepanjang pentadbiran Dr Mahatir dalam menggunakan simpanan Bank Negara untuk spekulasi matawang," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan