Hutang 1MDB Akan Berkurangan Sebanyak RM16 Bilion

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mei 2015 9:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perjanjian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan unitnya, Aabar Investments (Aabar), akan menyaksikan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkurangan kira-kira RM3.5 bilion dalam tempoh kurang daripada seminggu dari sekarang.

Dan, difahamkan bahawa transaksi tambahan - butiran terperincinya akan dimuktamadkan pada minggu-minggu akan datang - akan mengurangkan lagi hutang  1MDB sebanyak antara RM12.0 bilion dan RM12.5 bilion.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada Jumaat mengumumkan 1MDB memeterai perjanjian ikatan dengan IPIC dan Aabar melibatkan pembayaran sebanyak US$1 bilion.

IPIC akan membayar AS$1 bilion, pada atau sebelum 4 Jun, 2015, yang akan digunakan untuk membayar semula pinjaman AS$975 juta (RM3.5 bilion), lebih awal daripada tarikh akhir, kepada sindiket peminjam bank antarabangsa.

Terdahulu pada hari ini beliau membentangkan pelan rasionalisasi 1MDB kepada Kabinet yang melibatkan pembubaran 1MDB dan penubuhan tiga syarikat beroperasi kendiri.

Kabinet dimaklumkan bahawa IMDB dijangka dibubarkan, tetapi cabaran utama ialah paras hutangnya yang tinggi berjumlah RM42 bilion dalam akaun kewangan terakhirnya.

Bagaimanapun, perjanjian yang dicapai dengan IPIC dan Aabar yang berpangkalan di Abu Dhabi itu akan membantu mengurangkan hutang sebanyak RM16 bilion dan sebagai pertukaran, 1MDB akan menyediakan kepada IPIC dan Aabar sejumlah aset kewangan termasuk unit yang dipegang dalam akaun BSI Singapore syarikat.

Bercanggah dengan dakwaan pembangkang bahawa akaun tersebut tidak mempunyai apa-apa, ini membuktikan ia mempunyai nilai.

Perbincangan juga sedang diadakan dengan beberapa pihak lain dan Kementerian Kewangan yakin dapat menyelesaikan semua hutang dan menyiapkan pembubaran syarikat itu pada awal tahun depan.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Aabar Investments , IPIC

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan