DUN Pahang Lulus Kenaikan Elaun Adun

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mei 2015 5:00 PM

-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Dewan Undangan Negeri Pahang pada Jumaat meluluskan Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun 42 anggota Dewan Undangan Negeri daripada RM4,100 kepada RM11,000 sebulan, berkuat kuasa 1 Januari lepas.

Terdahulu, rang undang-undang bagi pindaan itu dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan disokong oleh Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail (BN-Pulau Tawar).

Adnan berkata elaun Adun Pahang kali terakhir disemak pada tahun 1980 dan ia telah ditangguhkan terlalu lama berbanding negeri-negeri lain yang telah melakukan pindaan.

"Cadangan pindaan ini kita telah ambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat.

"Jika elaun dinaikkan para Adun dapat memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat," katanya yang kemudian mendapat sokongan majoriti Adun termasuk Adun pembangkang.

Choong Siew Ong (DAP-Tras) yang menyokong kenaikan elaun itu berkata elaun yang tinggi memberi lebih peluang kepada Adun menjadi 'wang tunai segera' khususnya dalam membantu rakyat yang ditimpa kesusahan atau kes kecemasan seperti kemalangan, kecederaan atau kematian.


"Ia juga dapat menjadi penjamin kepada para pelajar yang ingin memohon biasiswa bagi meneruskan pelajaran mereka," katanya yang mahu elaun ditingkatkan kepada seberapa tinggi yang kerajaan negeri mampu berikan.

Persidangan itu juga meluluskan usul mencadangkan pelantikan Pengerusi MCA Pahang Datuk Hoh Khai Mun dan Ketua Wanita Umno Kuala Krau Norahan Abu Bakar sebagai anggota Dewan Negara selama tiga tahun.

Persidangan kemudian ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan