MPSS Bidas DAP Sabah Perlekeh Pengorbanan Esscom

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mei 2015 2:15 PM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Majlis Permuafakatan Suluk Sabah (MPSS) membidas kenyataan Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong yang dianggap memperlekeh  peranan petugas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengawal kawasan dan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Setiausaha MPSS Mohd Zaki Harry Susanto berkata kenyataan Jimmy yang mengaitkan kejadian penculikan di Ocean King, Sandakan dengan tuduhan kononnya pegawai Esscom "bukan saja tidak menjalankan tugas mengawal perairan negara, malah ponteng kerja" tidak wajar dan amat dikesali.

"Sebagai bekas polis, saya melihat sendiri komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para pegawai Esscom termasuk Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Ruji Ubi mengadakan pertemuan dengan masyarakat pesisir pantai Esszone.

"Ada dalam kalangan para pegawai ESSCom seramai 140 orang, tidak termasuk sekitar 30 orang kakitangan komponen awam, sanggup meninggalkan isteri tercinta di Semenanjung untuk berkhidmat di Esscom bagi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Mohd Zaki berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Wong mengenai Esscom dalam portal berita Roketkini semalam, berhubung peruntukan lebih RM600 juta untuk Esscom.

Mohd Zaki turut mencabar Jimmy supaya membuat laporan polis atau kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pegawai Esscom menerima rasuah daripada pekerja asing.

"Anggota keselamatan Esscom bekerja siang dan malam mengawal perairan kita dan berjaya mengekangkan sekurang-kurangnya enam cubaan menculik di perairan Semporna, Kunak dan Lahad Datu sebelum berlaku kejadian di Ocean King, Sandakan.

"Kewujudan Esscom mengurangkan sedikit sebanyak rasa takut ancaman gelombang kedua pencerobohan pengganas Sulu atau berlaku lebih banyak jenayah rentas sempadan," tegas Mohd Zaki.

Tags / Kata Kunci: Esscom , DAP , Sabah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan