Bedah Siasat Mayat Di Wang Kelian Bermula 7 Jun - Dr Subramaniam

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mei 2015 9:38 PM

Dr S. Subramaniam

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan memulakan proses bedah siasat terhadap rangka manusia yang ditemui di tapak perkuburan di Wang Kelian, Perlis pada 7 Jun ini, kata menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata proses itu adalah bagi menentukan mayat-mayat daripada kawasan penemuan kubur dan kem pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand itu, dibunuh atau sebaliknya.

Bagi memudahkan proses itu, kementerian menubuhkan dua pasukan iaitu pasukan CSI-DVI (penyiasatan tempat kejadian jenayah-pengecaman mangsa bencana) dan pasukan PM-DVI (post mortem-DVI) yang digerakkan dari seluruh negara sejak Rabu lepas.

"Pasukan CSI-DVI ditempatkan di kawasan penemuan bagi membantu proses pengumpulan spesimen manakala pasukan PM-DVI ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi melakukan proses bedah siasat ke atas mayat," katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Isnin mengumumkan penemuan 139 kubur dan 28 kem transit yang ditinggalkan sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian, berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Dr Subramaniam berkata tiga proses bedah siasat akan dilakukan secara serentak bagi mempercepatkan proses mengenal pasti mayat dan semua sampel yang dikutip akan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk ujian DNA.

Proses bedah siasat akan melibatkan beberapa pasukan kecil yang terdiri daripada pasukan perubatan forensik, sains forensik, pergigian forensik, radiologi dan DNA, katanya.

Mengenai pangkalan data DNA, Dr Subramaniam berkata ia akan dilakukan untuk kesemua mayat yang ditemui dan data-data itu akan disimpan oleh pihak kementerian dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kita tidak boleh mengambil jalan mudah dalam proses mengenal pasti identiti mangsa. Oleh itu, kita akan mengasingkan DNA bagi setiap mayat yang ditemui untuk menjadi rujukan bagi memudahkan urusan lanjut untuk mengetahui DNA bagi setiap kubur," katanya.

Sehingga semalam, Dr Subramaniam berkata sebanyak 15 beg mayat telah diterima oleh Hospital Sultanah Bahiyah dan ditempatkan di peti sejuk bilik mayat itu.

Beliau berkata PDRM juga akan menyediakan bekas simpanan dingin, bagi membolehkan lebih banyak mayat disimpan di hospital tersebut untuk tujuan bedah siasat.

Mengenai situasi semasa demam denggi, Dr Subramaniam meminta masyarakat mengambil langkah berjaga-jaga serta menjalankan pembersihan persekitaran terutama di kawasan hotspot dan wabak denggi berikutan peningkatan kes demam denggi sebanyak 16 peratus setiap minggu sejak dua minggu lepas.

"Ini disebabkan oleh perubahan serotaip virus denggi pada hujung April yang boleh menyebabkan peningkatan kes dan kematian beberapa bulan selepas ini," katanya.

Sebanyak 1,944 kes dilaporkan bagi tempoh 17 hingga 23 Mei (minggu ke-20) berbanding hanya 1,675 kes pada minggu sebelumnya, katanya.

Dari Januari hingga 23 Mei ini, jumlah kumulatif kes denggi adalah 45,070 kes iaitu peningkatan sebanyak 35 peratus (11,614 kes) berbanding 33,456 kes untuk tempoh yang sama tahun lepas.

Lokaliti hotspot turut menunjukkan peningkatan dari 65 ke 70 lokaliti di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Melaka.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan