Kubur: AS Sedia Beri Bantuan Forensik Kepada PDRM

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mei 2015 5:16 PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) bersalaman dengan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Jeh Johnson.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Amerika Syarikat (Amerika) menyatakan kesediaan memberi bantuan forensik kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penemuan kubur di Wang Kelian, Perlis yang bersempadan dengan Thailand.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan pada Jumaat berkata ia adalah hasil perbincangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Jeh Johnson di New York sempena lawatan rasmi Ahmad Zahid ke negara itu.

Ahmad Zahid kini dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Amerika sejak 26 Mei lalu hingga 1 Jun bagi menghadiri sesi Majlis Keselamatan PBB mengenai Pejuang Pengganas Asing di New York hari ini.

Dalam pertemuan itu, Ahmad Zahid dan Johnson turut membincangkan hal-hal kerjasama dua hala mengenai isu keselamatan termasuk mengenai kemajuan Malaysia memenuhi syarat statutori Program Pengecualian Visa Amerika.

Isu lain yang dibincangkan adalah kerjasama unit rentas sempadan mengenai siasatan jenayah, pemerdagangan orang, langkah Malaysia menangani pejuang asing (IS) menerusi penggubalan Akta Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 serta Undang-Undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015, menurut kenyataan KDN.


Menurut kenyataan KDN itu, Johnson merakamkan penghargaan kepada Ahmad Zahid di atas kesudian menghadiri dan menyampaikan ucapan dalam sesi keselamatan PBB mengenai usaha Malaysia menangani permasalahan kumpulan militan IS dan pejuang asing.

Sebelum persidangan itu, Ahmad Zahid turut melawat Pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat (USCG), sebuah agensi di bawah Jabatan Keselamatan Negara yang bertanggungjawab terhadap keselamatan maritim termasuk kargo.

Semasa lawatan itu, USCG menyatakan kesediaan untuk menawarkan anggota marin PDRM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menghadiri latihan bina upaya bersama bagi menangani masalah pemerdagangan manusia melalui perairan.

USCG mempunyai pengalaman dalam kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) melalui perairan, menangani penyeludupan senjata api, dadah dan barangan larangan melalui laut.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan