Aktivis 'Long Hair' Dari Hong Kong Dihalang Masuk Ke Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mei 2015 11:32 PM

Leung Kwok-hung (gambar Facebook)

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia telah menyekat kemasukan aktivis pro-demokrasi Hong Kong, Leung Kwok-hung, yang juga dikenali sebagai 'long hair' (rambut panjang).

Beliau adalah aktivis kedua yang dihalang daripada memasuki negara ini minggu ini.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim berkata, lelaki berusia 59 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1.20 tengahari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di pintu ketibaan pada Jumaat.

"Dia baru sahaja tiba dari Hong Kong. Apabila kami mendekatinya, dia tidak menolak penangkapan.

"Beliau telah diiringi oleh anggota penguatkuasa kami sebelum dihantar pulang kembali ke Hong Kong pada kira-kira pukul 2.45 petang hari yang sama," kata Mustafa.

Tambahnya, Leung telah disenaraikan dalam senarai syak jabatan.

"Kami mendapat arahan yang Leung tidak dibenarkan mendarat. Seperti Joshua Wong, notis penolakan masuk (NTL) telah dikeluarkan terhadap Leung.

"Kami akan menghantar pulang individu-individu yang kita syak boleh membahayakan ketenteraman awam," katanya.

Dalam posting di Facebook sebelum ini, Leung berkata: "Baru tiba di Kuala Lumpur, bersedia untuk mengambil bahagian dalam forum yang dianjurkan di dalam negara (tetapi) pasport saya telah diambil oleh Jabatan Imigresen dan saya telah ditanya mengenai sebab kemasukan dan tempoh penginapan."

Dipercayai Leung dijangka mengambil bahagian dalam ceramah yang dikenali sebagai "Demokrasi Cina" di Jalan Universiti pada malam Jumaat.

Pada Selasa, aktivis pelajar Hong Kong Joshua Wong telah dinafikan kemasukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas selepas mendarat pada pukul 11.55 pagi.

Dia sepatutnya menghadiri satu forum di Komtar.

Wong telah menjadi wajah pro-demokrasi pergerakan protes pelajar Hong Kong, mengetuai pelajar dalam protes besar-besaran pada tahun 2014.
Tags / Kata Kunci: Leung Kwok-hung , NTL , Datuk Mustafa Ibrahim

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan