Kisah Anak Syurga Jadi Viral, Ibu Muda Tabah & Berdikari

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2015 1:00 AM

Kisah anak syurga di laman Facebook Ruqayyah Farhani menarik perhatian ramai.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang ibu muda yang juga siswazah Universiti Al-Azhar, Mesir menarik perhatian ramai apabila kisah anak syurga yang dimuat naik di laman sosial, Facebook menjadi viral dan mendapat pelbagai komen positif di kalangan netizen.

Pada usia 22 tahun, Ruqayyah Farhani Mohd Syukry reda dengan ketentuan takdir apabila seorang daripada anak kembarnya, Maryam Farihah hanya dipinjamkan selama 14 hari kepadanya dan suami, Abdullah Mubarak Hasanuddin.

Lebih menyedihkan, kembar Maryam, Marsya Farihah sedang berjuang untuk hidup dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Kuantan.

Ketika mStar Online menghubungi keluarganya di Kuantan, Ruqayyah Farhani berada di hospital untuk menjalani ujian darah, selain meluangkan masa bersama Marsya yang baru berusia 17 hari.

Ibu Ruqayyah Farhani yang juga seorang guru agama, Khadijah Abdullah memberitahu, sifat anak keenam daripada 15 beradik yang tabah dan berdikari itu mungkin kerana dia sering mengikuti majlis ilmu dan gemar membaca, selain melalui pengalaman hidup di luar negara sepanjang tempoh pengajiannya.

Nenek kepada sembilan cucu yang berusia 52 tahun dan menetap di Batu Tiga, Kuantan ini bersyukur kerana anaknya cekal menghadapi dugaan hidup walaupun dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak kembarnya awal bulan ini.

"Menantu saya akan pulang ke Malaysia awal bulan depan kerana sekarang ini sedang menduduki peperiksaan di Mesir. 

"Jadi sepanjang tempoh ini, Ruqayyah menguruskan pelbagai hal dengan bantuan adik beradik dan dalam keadaan Marsya yang tidak sihat, begitu juga ayahnya, dia dengan sendirinya sedar betapa dia perlu tabah dan berdikari dalam menghadapi situasi ini," katanya.

Menceritakan lebih lanjut, ibunya berkata, ketika mengandungkan Ruqayyah 22 tahun lalu, beliau ketika itu sedang melanjutkan pengajian peringkat Diploma Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor dan terpaksa meninggalkan lima anaknya untuk dijaga suami, Mohd Shukry Jusoh, 52 yang juga pendidik di sebuah sekolah swasta.

"Mungkin juga ketabahan saya ketika melalui saat sukar bersendirian waktu mengandungkan Ruqayyah dulu "turun" dalam dirinya hingga membuatkan dia sentiasa tenang dan reda dengan ketentuan takdir," katanya.

Menerusi laman Facebooknya, Ruqayyah Farhani turut menceritakan detik-detik sepanjang mengandungkan bayi kembarnya yang lahir pada usia kandungan 29 minggu itu, serta meminta supaya orang ramai mendoakan kesejahteraan Marsya.

Beliau turut memuat naik gambar dirinya memangku jenazah Maryam dan ketika di pusara.


 






iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan