Majlis Peguam Gesa Tubuh RCI Siasat Kubur, Kem Tahanan - Berita Semasa | mStar

Majlis Peguam Gesa Tubuh RCI Siasat Kubur, Kem Tahanan

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2015 11:56 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia tidak boleh menolak tanggungjawab terhadap penemuan kem-kem penyeludupan manusia di Perlis, kata Presiden Majlis Peguam Malaysia, Steven Thiru.

"Sukar untuk dibayangkan bahawa kawasan yang sangat sensitif seperti sempadan antarabangsa dengan Thailand boleh ditinggalkan tanpa kawalan dan tidak diawasi, sehingga membenarkan 'kem kematian' ini dibina dan berkembang," kata Steven dalam kenyataan akhbar pada Khamis.

Beliau berkata, pihak berkuasa yang tidak mengetahui tentang perkara ini telah menimbulkan persoalan serius di antara bersubahat atau ketidakcekapan, atau kedua-duanya.

Steven menegaskan bahawa The Star telah melaporkan bahawa Pasukan Gerakan Am polis mengetahui tentang kewujudan kem-kem berkenaan pada bulan November 2014.

"Apa yang amat membingungkan bahawa 'kem kematian' yang menempatkan mangsa penyeludupan manusia warga asing telah dibina di sebelah persempadan Malaysia didakwa sejak beberapa tahun dulu kononnya tidak dapat dikesan oleh pihak agensi penguatkuasaan undang-undang Malaysia," katanya.

Dilaporkan bahawa 139 kubur ditemui di 28 kem tahanan berhampiran Wang Kelian, Perlis.

Kubur-kubur tersebut dipercayai menempatkan mayat pendatang Bangladesh dan Rohingya yang cuba memasuki Malaysia melalui Thailand.

Steven berkata kegagalan untuk mengesan kem itu perlu disiasat melalui prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

"Dalam usaha untuk kebolehpercayaan, ahli-ahli RCI mestilah termasuk wakil-wakil masyarakat awam, terutamanya yang terlibat dengan kerja-kerja dengan pelbagai kategori pergerakan masuk ke Malaysia," kata Steven.

Steven berkata, RCI perlu menyiasat mereka yang didakwa bersubahat, melakukan pakatan sulit dan merasuah agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang.

"Kami memuji kerajaan Malaysia terhadap penangkapan 12 (Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Khamis mengesahkan hanya dua) orang pegawai polis kerana didakwa terbabit dalam penyeludupan manusia tetapi ini hanya boleh menjadi sebahagian kecil daripada bilangan yang sangat besar.

"Bagaimanapun, siasatan dalaman semata-mata tidak mencukupi, oleh itu terdapat keperluan untuk diadakan RCI secara menyeluruh," katanya.

Beliau menambah bahawa RCI perlu melihat pelbagai bentuk pergerakan manusia, biasanya dirujuk sebagai "penghijrahan campuran" di Malaysia.

RCI perlu menyiasat aliran pekerja asing, pendatang tanpa izin, pelarian dan pencari suaka, katanya.
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan