Kes Rasuah, Salah Guna Kuasa Penjawat Awam Di Sabah Menurun

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2015 9:49 PM

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman (tengah) menyerahkan dokumen Ikrar Komitmen Membanteras Jenayah Rasuah dan Sokongan Pencegahan Rasuah kepada Pengarah SPRM Sabah, Datuk Hishamuddin Hashim di Kota Kinabalu, Sabah, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan penjawat awam di Sabah menampakkan trend menurun sejak tahun 2012, kata Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Datuk Hishamuddin Hashim.

Katanya berdasarkan rekod SPRM, kes rasuah dan salah guna kuasa penjawat awam di Sabah pada tahun 2012 ialah sebanyak 77 kes dan menurun kepada 58 kes pada tahun 2013, 2014 (57) dan sehingga 27 Mei tahun ini kes terus menurun kepada 18 kes.

"Pengurangan ini merupakan petunjuk yang akan mengukur imej penjawat awam khususnya dalam perkhidmatan awam negeri Sabah," katanya ketika berucap pada majlis Ikrar Integriti dan pelancaran buku Arahan Perkhidmatan Negeri Sabah untuk ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri di sini, Khamis.

Pada majlis berkenaan, 10 setiausaha tetap dan 46 pengarah pelbagai jabatan kerajaan negeri memeterai Ikrar Komitmen Membanteras Jenayah Rasuah dan Sokongan Pencegahan Rasuah'.

Sesi bergambar di akhir majlis menandatangani Ikrar Komitmen Membanteras Jenayah Rasuah dan Sokongan Pencegahan Rasuah di Kota Kinabalu, Khamis.


Pada 14 April lalu, Sabah mencipta sejarah apabila menjadi negeri pertama di negara ini dengan semua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah daripada  parti pemerintah dan pembangkang menandatangani ikrar komitmen pencegahan rasuah.

Mengenai majlis berkenaan, Hishamuddin berkata ia selari dengan pendirian toleransi sifar kerajaan terhadap rasuah, serta mengambil langkah-langkah tegas bagi menanganinya.

Katanya bagi mewujudkan tadbir urus yang baik dan berintegriti, satu daripada mekanisme yang diperkenalkan adalah menerusi 'Kawalan Sistem' yang mampu mencegah atau menutup ruang serta peluang yang menjadi punca kepada berlakunya rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan lain-lain kelemahan pengurusan di semua peringkat pelaksanaan operasi jabatan.

Hishamuddin berkata Sistem Kawalan berkenaan juga bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan dan mengukuhkan integriti pegawai awam seperti dalam aspek tatacara kerja yang jelas, telus dan bertanggungjawab serta mempunyai mekanisme semak dan imbang.

"Sistem ePerolehan atau eP adalah salah satu aplikasi Kerajaan Elektronik yang berjaya dan merupakan contoh kepada tadbir urus yang baik serta dapat mengurangkan kerenah birokrasi.

"Melalui eP syarikat/firma yang ingin menyertai perolehan kerajaan bagi bekalan dan perkhidmatan tidak perlu lagi mengemukakan sijil pendaftaran masing-masing kepada agensi kerajaan dan semakan status permohonan juga boleh  dilaksanakan atas talian.

"Sistem ini telah berjaya mengelakkan urusan dibuat secara bersemuka yang mana ia boleh mengurangkan risiko berlakunya rasuah," katanya.

Justeru Hishamuddin menyeru semua ketua jabatan agar dapat merujuk kepada SPRM bagi memastikan kerjasama antara SPRM dan jabatan awam negeri dapat dizahirkan bagi membantu jabatan dalam meneliti amalan, sistem dan tatacara kerja bagi menutup ruang dan peluang rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan