PAS Kemuka Memorandum Gesa M'sia Adakan Sidang Tergempar Isu Rohingya

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2015 2:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS akan menyerahkan satu memorandum mengenai Isu Pembelaan Etnik Minoriti Rohingya kepada Kementerian Luar, Khamis.

Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata memorandum itu antara lain meminta Malaysia mengadakan sidang tergempar ASEAN untuk mengimbangi tindakan autokratik Myanmar terhadap etnik Muslim Rohingya.

"Memberi perlindungan sementara terhadap pelarian ini tidak akan selesaikan akar masalah, sebaliknya akan menimbulkan lebih banyak dampak sampingan seperti pemerdagangan manusia dan sindiket jenayah antarabangsa," katanya kepada pemberita ketika menerima memorandum tersebut daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi di lobi Parlimen di sini.

Sepuluh lagi wakil Dewan Pemuda PAS seluruh negara hadir bagi menyerahkan memorandum berkenaan kepada beliau yang kemudian akan diserahkan kepada Kementerian Luar.

Nik Mohamad Abduh berkata Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tidak harus bersifat apologetik dan pasif dalam hal ini, sebaliknya menjadi tanggungjawab kolektif di peringkat rantau ASEAN untuk bertindak lebih tegas bagi menekan kerajaan Myanmar yang terus menerus menghapuskan etnik Rohingya secara sistematik.

Pada 20 Mei lalu, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah berkata Malaysia dan Indonesia bersetuju menawarkan tempat perlindungan sementara kepada 7,000 pendatang yang masih terkandas di laut dengan syarat proses penempatan semula dan penghantaran pulang dijalankan dalam tempoh setahun oleh masyarakat antarabangsa.

Sementara itu, DAP Sabah akan menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan penyelesaian holistik konflik krisis keselamatan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Memorandum yang akan diserahkan oleh anggota Parlimen Kota Kinabalu, Wong Sze Phin@Jimmy itu antara lain menggesa kerajaan menyelesaikan krisis keselamatan di Sabah yang masih berterusan walaupun dengan kewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

"Masalah keselamatan di kawasan Esszone telah menjadi bencana kepada rakyat, pelancong dan ekonomi Sabah. Ia bukan sekadar krisis keselamatan kawasan pesisir pantai Timur Sabah, tetapi juga krisis keyakinan dan kepercayaan terhadap pasukan Esscom yang sepatutnya bertanggungjawab dalam memastikan kedaulatan negeri dan keselamatan rakyat terjamin, "katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Beliau berkata memorandum berkenaan akan diserahkan kepada wakil Perdana Menteri pada Khamis.

Tags / Kata Kunci: Rohingya , Bangladesh

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan