New Zealand Tawar Ambil Pelarian Rohingya

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2015 5:53 PM

(Ubah saiz teks)

AUCKLAND: New Zealand mungkin akan mengambil sebahagian pendatang Rohingya di bawah program penempatan semulanya, kata Perdana Menteri John Key.

Negara ini mempunyai kuota pelarian sebanyak 750 setiap tahun di bawah pelan Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR).

"Adalah sesuatu yang mungkin untuk kita menampung sebahagian daripada pelarian ini di bawah program itu," katanya kepada sekumpulan wartawan Asia Tenggara yang mengambil bahagian dalam ulang tahun ke-40 program New Zealand-Asean itu.

Tetapi beliau berkata negara ini tidak akan meningkatkan kuota bagi menampung lebih banyak imigran walaupun  mengambil berat tentang krisis yang berlaku.

"Ini kerana kami cuba untuk menjadikan program ini benar-benar menyeluruh bagi pelarian," katanya.

New Zealand adalah antara 17 negara yang mengambil bahagian dalam satu mesyuarat khas mengenai penghijrahan yang tidak teratur, Khamis.

Key menyatakan kebimbangan beliau terhadap pendatang Rohingya yang hanyut di laut ke negara-negara jiran termasuk Malaysia.

"Kami memahami bahawa mereka tidak mempunyai tempat untuk pergi," katanya.
Tags / Kata Kunci: UNHCR , pelarian Rohingya

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan