Hutan Kubur Warga Asing Kawasan Agensi Keselamatan - Jab Perhutanan

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2015 2:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kawasan kem haram dan kubur yang ditemui di Bukit Wang Burma di Taman Negeri Perlis, Wang Kelian baru-baru ini berada di bawah bidang kuasa agensi keselamatan negara, kata Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Datuk Seri Dr Abd Rahman Abd Rahim.

Abd Rahman berkata kawasan itu perlu mendapat kebenaran daripada agensi keselamatan untuk memasukinya ekoran ia berada berdekatan dengan sempadan negara lain.

"Kawasan yang berlaku itu, adalah kawasan keselamatan, walaupun ia di dalam hutan simpan kekal, kami tidak boleh masuk sebab kawasan itu telah diambil alih oleh pihak keselamatan.

"Jadi kalau kami nak masuk ke kawasan itu, kami kena bekerjasama dengan pihak keselamatan, sebab kita tidak ada senjata, inilah kekangan yang kami hadapi" katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Sijil Kursus Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2014-2015, di sini, Khamis.

Sebanyak 75 pelatih telah menamatkan Kursus Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2014-2015 yang disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel.

Abd Rahman menegaskan bahawa, adalah tidak wajar untuk membabitkan renjer hutan dengan kegiatan pemerdagangan manusia kerana kakitangan perhutanan tidak mempunyai kuasa untuk memasuki kawasan itu.

Katanya sehingga kini, pihaknya belum menerima sebarang laporan yang mengaitkan pembabitan renjer hutan berhubung insiden itu.

Oleh yang demikian, beliau meminta agar dihentikan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan kepada kakitangannya.

"Kalau betul nyata ada pegawai saya yang terlibat, saya tidak teragak-agak untuk membawa dia ke muka pengadilan.

Kita hanya ada 27 penguatkuasa termasuk seorang sahaja renjer yang bertugas di Taman Negeri Perlis yang berkeluasan kira-kira 5,000 hektar," katanya.

Abd Rahman berkata, dalam mempertingkatkan lagi kawalan renjer hutan, pihaknya telah memohon kepada kerajaan untuk mendapat kebenaran memiliki senjata api bagi tujuan perondaan.

Katanya, berikutan kejadian itu, beliau melihat keperluan senjata api amat penting khusunya kepada renjer hutan bagi menjaga keselamatan mereka.

"Renjer hutan hingga saat ini, hanya dibenarkan bawak parang sahaja ketika meronda dalam hutan. Oleh itu, kami perlu ada senjata dan saya lihat ia merupakan kepentingan sekarang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Wang Kelian , Rohingya

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan