Tiada Sikap Saling Mempercayai Dalam PR - Guan Eng

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2015 5:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengakui sikap saling mempercayai dalam Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi.

Beliau berkata, sekiranya pakatan pembangkang mahu kekal sebagai sebuah parti yang kukuh, semua pihak perlu bekerjasama dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

"Kalau kita nak satu pakatan yang membina dan mampan, saya rasa kita mesti saling mempercayai semua pihak, dan ini sudah tidak wujud lagi," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemelut yang semakin meruncing melibatkan DAP dan PAS.

Malah, lebih memburukan keadaan Guan Eng menyifatkan jasad Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih bersama Pakatan tetapi hatinya pula bersama Umno.

Menurut beliau, hakikatnya Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang gagal berunding dengan dua rakan sekutunya dan tidak menunjukkan komitmen terhadap manifesto dalam pakatan pembangkang.

"Itulah saya sebut. Saya harap seseorang kalau tak pegang pada janji tak ikut apa yang telah dijanjikan di depan semua pemimpin, macam mana kita nak bekerjasama, saling hormat dan percaya satu sama lain?," soalnya.

Guan Eng turut mempertahankan kritikan beliau terhadap Hadi bukan dilakukan untuk kepentingan peribadi tetapi mewakili keseluruhan parti.

"Bukan PAS yang beritahu apa yang saya patut lakukan, hanya pemimpin DAP yang boleh berbuat demikian. Saya akan terus bersuara apabila perlu, kami hanya menyatakan prinsip dan pendirian kami," katanya.

Malah, Ahli Parlimen Bagan itu dalam nada sinis berkata sekiranya kritikan tersebut memberi kelebihan kepada Hadi pada pemilihan PAS bulan depan, beliau yakin Hadi akan menggalakkannya untuk terus berbuat demikian.

"Jika apa yang saya lakukan memberi manfaat kepada Hadi, jadi saya yakin Hadi harus menggalakkan saya untuk bersuara lagi," katanya.

Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang , DAP

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan