Isnin Depan Penentu Nasib 20,000 Kakitangan MAS

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2015 7:35 AM

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

PETALING JAYA: Isnin depan, 20,000 kakitangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) bakal menerima surat masing-masing.

Penantian untuk mengetahui sama ada mereka masih mempunyai pekerjaaan atau tidak akan berakhir.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS yang baharu, Christoph Mueller menyatakan dengan jelas bahawa kebimbangan kakitangan syarikat penerbangan itu bakal ditamatkan tidak lama lagi.

Christoph Mueller

"Kakitangan syarikat dibiarkan berada dalam suasana yang tidak pasti sudah terlalu lama. Jadi ia menjadi kewajipan kami untuk menamatkan ketidaktentuan ini supaya semua orang boleh meneruskan kehidupan masing-masing," katanya dalam temu bual eksklusif bersama The Star.

Pada 1 Jun, surat penamatan perkhidmatan akan dihantar kepada semua pekerja.

Bagaimanapun kira-kira dua pertiga daripada kakitangan akan ditawarkan bekerja dengan syarikat baru itu, MAS Bhd.

Kumpulan itu mempunyai sehingga 12 Jun untuk memutuskan sama ada mereka mahu menyertai syarikat berkenaan dengan terma-terma baharu.

Syarikat penerbangan baharu iaitu sebuah entiti yang lebih kecil, hanya dapat menampung kira-kira 14,000 pekerja.

"MAS Bhd memerlukan kakitangan lebih sedikit kerana ia akan memberi tumpuan kepada laluan serantau.

"Adalah amat malang dan sangat sedih bahawa kami perlu melepaskan sebahagian kakitangan sedia ada," kata Mueller.

Proses penamatan perkhidmatan adalah sebahagian daripada rancangan untuk membentuk semula MAS.

Aset dan liabiliti sedia ada akan dipindahkan kepada MAS Bhd yang bakal mengambil alih operasi bermula 1 September.

Setiap kakitangan yang ditamatkan perkhidmatan akan mendapat bayaran asas bergantung kepada gred mereka.

Mereka yang tidak ditawarkan pekerjaan dengan MAS Bhd juga layak untuk menerima bayaran ex-gratia.

Mereka yang ditawarkan bekerja di MAS Bhd juga akan mendapat bonus.

Proses penamatan perkhidmatan akan berlaku secara berperingkat, malah sesetengah daripada mereka mungkin ditawarkan kontrak jangka pendek.

Mueller berkata proses lengkap pemulihan MAS mungkin mengambil masa sehingga tiga tahun.

"Ia adalah satu proses yang sangat kompleks. Kami mempunyai prosedur berperingkat yang sangat perlahan," kata Mueller.

MAS Bhd akan menjadi syarikat penerbangan yang baharu, dengan wajah baharu dan penjenamaan semula.

Mueller berkata beliau menjangkakan tidak akan menerima maklum balas positif daripada keseluruhan pekerja yang ditawarkan menyertai MAS Bhd.

"Jika sambutannya kurang 100 peratus, kita akan buat tawaran pusingan kedua dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang tidak menerima tawaran pada pusingan pertama," katanya.

Jika perlu beliau berkata mungkin akan wujud penawaran untuk pusingan ketiga.

Beliau berkata, mungkin terdapat sebab-sebab tertentu untuk mereka menolak menyertai MAS Bhd, tetapi beliau akan memberikan butiran lengkap pada Isnin depan supaya kakitangan boleh membuat keputusan berdasarkan maklumat.

Tags / Kata Kunci: MAS , MAS , Bhd , Christoph Mueller

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan