Kem PLKN Di Baling, Sik Jadi Penempatan Rohingya

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2015 5:31 PM

(Ubah saiz teks)

GEMAS: Dua kem Pusat Latihan Khidmat negara (PLKN) di Kedah iaitu Kem PLKN Rimba Taqwa di Sik dan Kem PLKN Rekreasi Belia di Baling akan dijadikan pusat penempatan sementara bagi pelarian Rohingya, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kem itu masing-masing mampu memuatkan kira-kira 400 orang pelarian.

Beliau berkata penempatan pelarian di kem PLKN merupakan penyelesaian jangka pendek dengan penyelesaian jangka masa panjang perlu direalisasikan bagi mengatasi masalah pelarian Rohingya.

"Bagi (penyelesaian) jangka panjang, Thailand, Indonesia dan Malaysia perlu mencari jalan untuk kongsi bersama penempatannya selain badan antarabangsa termasuk UNHCR perlu memainkan peranan.

"Mereka (badan antarabangsa) perjuangkan hak asasi manusia, tetapi kalau tiada negara yang mengambil mereka (pelarian Rohingya), tak kan Malaysia sahaja yang pikul tanggungjawab untuk pastikan hak mereka (pelarian Rohingya) dibela.

"Tiada gunanya mereka laungkan hak asasi manusia tetapi mereka tidak membantu," kata Hishammuddin pada sidang akhbar selepas menyaksikan Demonstrasi Kuasa Tembakan Angkatan Tentera Malaysia di Kem Syed Sirajuddin di sini, Khamis.

Hishammuddin berkata Tentera Laut Diraja Malaysia juga telah menggerakkan empat kapal dengan kekuatan 350 anggota bagi melaksanakan operasi menyelamat dan memberi bantuan kepada pelarian Rohingya yang kini berada di lautan.

Beliau berkata kapal itu ialah KD Kasturi, KD Lekir, KD Ledang dan KD Laksamana Tun Abdul Jamil yang ketika ini sedang mempergiatkan rondaan di kawasan yang terlibat dan bersedia memberikan bantuan yang diperlukan kepada pelarian Rohingya.

"Kerjasama melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia akan dapat menghapuskan kegiatan pemerdagangan manusia merentas sempadan negara terutamnya yang melibatkan masyarakat Rohingya," katanya.

Menurut beliau, kestabilan geopolitik dan kemakmuran negara pada masa ini perlu dikekalkan kerana jika keadaan negara bergolak, musuh akan mudah mengambil kesempatan terhadap Malaysia yang pada masa itu aset pertahanan canggih pun sudah tidak berguna lagi.

Tags / Kata Kunci: Baling , Sik , Rohingya

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan