Tiada Salah Laku Dalam Pembelian Hotel Di London Oleh Felda

Diterbitkan: Rabu, 27 Mei 2015 2:47 PM

Paul Low.

Datuk Paul Low

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tidak ada salah laku dalam kes pembelian dua hartanah mewah di London oleh Felda Investment Corp's (FIC), Dewan Rakyat diberitahu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low berkata, tidak ada kesalahan yang ditemui di bawah Akta 2009 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak siasatan awal dijalankan.

"Jika mana-mana pihak mempunyai maklumat atau keterangan tambahan mengenai isu itu, ia boleh dikemukakan kepada SPRM untuk tindakan lanjut," katanya dalam jawapan bertulis kepada Loke Siew Fook (DAP - Seremban).

Loke telah meminta menteri mendedahkan status siasatan SPRM terhadap kedua-dua pembelian yang dibuat oleh FIC.

Dilaporkan bahawa FIC, cabang pelaburan Felda, telah membeli sebuah hotel 4 bintang di kawasan mewah Kensington di London bernilai £60 juta (RM330 juta).

Park City Hotel, dengan 62 bilik tetamu dan dua unit servis apartmen tiga bilik tidur telah dinamakan semula kepada Grand Plaza Hotel.

FIC juga membeli Grand Plaza Serviced Apartments di Bayswater, London pada harga £98 juta (RM538 juta).

FIC telah ditubuhkan pada tahun 2013, dengan memberi tumpuan kepada sektor hartanah, hospitaliti serta gas dan minyak.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan