Pembatalan Sijil Halal Secret Recipe Atas Sebab Standard Keselamatan

Diterbitkan: Rabu, 27 Mei 2015 12:16 PM

Jamil Khir Baharom

Datuk Seri Jamil Khir Baharom

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pensijilan halal rangkaian restoran Secret Recipe telah dibatalkan kerana melanggar syarat-syarat keselamatan makanan Jakim.

Jakim tidak hanya melihat aspek halalan tetapi aspek Toyyiban.

"Dalam kes Secret Recipe, aspek halalan tidak menjadi masalah, kerana adalah jelas mereka tidak menggunakan produk yang dianggap sebagai haram," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Walau bagaimanapun, kaedah pemprosesan makanan Secret Recipe tidak menepati standard aspek Toyyiban, kerana ia melibatkan amalan pengeluaran dan kebersihan yang baik dalam pemprosesan," katanya kepada Idris Ahmad (PAS - Bukit Gantang) di Parlimen.

Secret Recipe, dengan 297 cawangan di Malaysia dan banyak lagi cawangan di seluruh rantau ini dibatalkan sijil halalnya oleh Jakim pada 7 Mei.

Jamil Khir berkata rangkaian makanan popular itu boleh memohon semula untuk pensijilan halal apabila ia telah mematuhi kaedah pemprosesan makanan.

"Halal dan haram bukan satu-satunya perkara yang penting apabila Jakim mengeluarkan sijil halal, tetapi kebersihan di bawah aspek Toyyiban juga penting.

"Jakim mempunyai matlamat untuk mengetatkan elemen halal dan kebersihan, supaya umat Islam tidak perlu ragu-ragu semasa penggunaannya," katanya.

Menjawab soalan terdahulu oleh Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN - Kalabakan) berhubung bilangan cawangan yang disahkan halal di KLIA dan KLIA2, Jamil Khir berkata sijil telah diberikan kepada 17 cawangan di KLIA dan 12 di KLIA2.

KLIA mempunyai 62 buah outlet makanan dan minuman, manakala KLIA2 mempunyai 66 outlet.

"Permohonan pensijilan halal adalah secara sukarela tetapi outlet yang sudah mempunyai sijil halal dikehendaki memaparkannya di premis mereka, yang mesti berada di alamat yang sama dengan perakuan itu.

"Bagi medan selera yang berkongsi perkakas dapur, permohonan itu mesti melibatkan semua outlet di medan selera," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan