517 Kes Penderaan Seksual Kanak-Kanak Pada Suku Pertama 2015

Diterbitkan: Rabu, 27 Mei 2015 1:55 PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 571 kes penderaan seksual kanak-kanak telah difailkan di mahkamah dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2015.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penderaan seksual terhadap kanak-kanak diklasifikasikan di bawah tiga bahagian Kanun Keseksaan - Seksyen 376 untuk rogol, Seksyen 354 untuk mencabul kehormatan, dan Seksyen 377A untuk persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

"Daripada 571 kes yang dicatatkan pada tahun ini, 352 kes adalah rogol, 166 kes mencabul kehormatan, dan 53 lagi adalah bagi persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii," katanya dalam jawapan bertulis kepada Dr Izani Husin (PAS - Pengkalan Chepa) pada 26 Mei.

Tambahnya, bagi jenayah seksual terhadap kanak-kanak pada tahun lepas, 1,829 kes rogol telah didokumenkan, bersama-sama dengan 770 kes gangguan seksual dan 53 kes persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

Mengenai faktor-faktor yang mungkin, beliau mengaitkan jenayah tersebut dengan gejala sosial, kurangnya kawalan dan bimbingan ibu bapa, kekurangan nilai-nilai moral dan agama, sikap berani oleh mangsa dan pelaku, dan kemungkinan mangsa mudah tertipu, mempercayai orang yang baharu dikenali.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan