Kubur: Dewan Rakyat Bahas Usul Tergempar

Diterbitkan: Rabu, 27 Mei 2015 12:47 PM

Mayat yang dikafan turut ditemui dalam lubang cetek di kawasan kubur besar di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat akan membahaskan usul tergempar mengenai penemuan 139 kubur pelbagai saiz dan khemah mangsa pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand, pada sesi sidang petang Rabu.

Ketika membenarkan usul berkenaan dibahaskan,  Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said berkata, usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Alor Setar (PKR) Gooi Hsiao Leung menepati tiga syarat utama.

Katanya, usul itu menepati tiga syarat utama Peraturan Mesyuarat 18(1) iaitu membabitkan isu tertentu, melibatkan kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

"Saya membenarkan usul itu dibahaskan pada pukul 4.30 petang dan berakhir pukul 5.30 petang," katanya dalam  persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.

SILA KLIK: VIDEO MAYAT KAFAN DITEMUI

Hsiao Leung mengemukakan usul tersebut untuk membincangkan penemuan kubur besar yang menempatkan 139 mayat pelarian warga Rohingya dan Bangladesh di Perlis yang tidak diketahui sehingga pendedahan polis pada Isnin lalu.

Beliau turut meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menjelaskan bagaimana kubur dan kem yang ditemui itu tidak disedari kerajaan.

Pada Isnin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penemuan 139 kubur pelbagai saiz di kawasan seluas 11 kilometer persegi di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis.

Pihaknya juga turut menemui satu mayat yang hampir reput dan sejumlah 28 khemah yang dipercayai pernah digunakan sindiket pemerdagangan dan penyeludupan manusia yang ditinggalkan sejak beberapa bulan lalu dan kini sedang berusaha untuk mengeluarkan mayat-mayat berkenaan lewat petang ini.

Menurut KPN, penemuan itu adalah susulan daripada Ops Wawasan khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) yang dijalankan pihaknya sejak 11 Mei lalu.


Tags / Kata Kunci: Dewan Rakyat , Wang Kelian

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan