Muktamar PAS: DAP Diingat Jangan Sibuk 'Berkempen'

Diterbitkan: Rabu, 27 Mei 2015 3:21 PM

Khairil Nizam Khirudin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: DAP diingatkan supaya tidak masuk campur dalam urusan dalaman PAS khususnya menjelang pemilihan kepimpinan baharu parti itu Jun ini, kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ir Khairil Nizam Khirudin.

"Kami menegaskan dan memperingatkan kepada DAP supaya tidak mengamalkan dasar masuk campur hal ehwal dalaman parti rakan kerana ia akan merosakkan hubungan kerjasama yang telah dibina selama ini.

"Sepertimana DAP marah sekiranya orang PAS berkempen di dalam pemilihan kepimpinan DAP, maka seperti itulah yang kami harapkan agar DAP usahlah sibuk tumpang berkempen untuk mengajar perwakilan PAS siapakah yang layak untuk memimpin PAS," katanya.

Menerusi kenyataan pada Rabu, Khairil turut melahirkan kekesalan terhadap dua pemimpin utama DAP berikutan siri serangan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kenyataan yang berunsurkan provokasi dan fitnah secara berterusan kepada pemimpin tertinggi kami adalah perbuatan yang menghiris perasaan anak muda dan penyokong PAS di segenap lapisan.

"Suka saya mengingkatkan kepada DAP bahawa yang akan bermuktamar dan pemilihan kepimpinan pada awal Jun nanti adalah pimpinan dan perwakilan PAS.

"Perbuatan masuk campur urusan dalaman parti dan menjadi batu api ini adalah di luar kerangka Common Policy Framework Pakatan Rakyat seperti yang sering diulang sebut oleh DAP," katanya.

Tags / Kata Kunci: Khairil Nizam Khirudin , PAS , DAP

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan